30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Dua kali gagal perkahwinan, Nash akui memilih cari calon isteri

Mesti Baca

PENGALAMAN gagal dua kali dalam perkahwinan membuatkan penyanyi Datuk Nash lebih memilih dalam mencari calon isteri.

Nash berkata, tiada keserasian menyebabkan dia terpaksa menamatkan hubungan dengan seseorang yang sempat dikenalinya baru-baru ini.

Namun begitu, penyanyi berusia 64 tahun itu tidak pernah menutup pintu hatinya sepanjang 14 tahun bergelar duda.

“Saya tidak mahu tergesa-gesa untuk kembali mendirikan rumah tangga kecuali selepas bertemu seseorang yang memahami diri dan kerjaya saya.

“Pada usia ini saya mahu cari peneman untuk melalui usia emas bersama-sama dan biarlah wanita itu nanti faham karier saya sebagai penyanyi serta menghormati antara satu sama lain.

“Sepanjang tempoh ini juga saya tidak pernah menutup pintu hati malah sejujurnya saya pernah rapat dengan seorang kenalan lama tapi akhirnya saya sedar kami tiada keserasian.

“Sikap cemburu yang ditunjukkan olehnya ketika saya muncul dalam sebuah program televisyen menyebabkan saya tawar hati untuk meneruskan hubungan kami,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Umrah I’tikaf Ramadan 2024 Bersama Datuk Nash anjuran AsShams Travel & Tours Sdn. Bhd di sebuah hotel di Ampang.

Pemilik nama sebenar Nashrudin Elias itu mengakui timbul rasa kecewa apabila terpaksa melepaskan wanita berkenaan, namun percaya segala yang berlaku adalah atas ketentuan Allah.

Advertisements

Nash turut mengakui, kesibukan mengendalikan kerjaya nyanyian dan mengikuti program jemaah tabligh membuatkan hidupnya tidak pernah berasa sunyi.

“Rasa sedih dan kecewa, tetapi kita harus jujur dengan diri sendiri supaya tidak timbul penyesalan di hari kemudian atau menyalahkan satu sama lain.

“Mungkin tiada jodoh antara kami. Lagipun hidup saya sudah cukup meriah dengan lapan cucu dan rumah tidak pernah sunyi kerana sentiasa meriah dengan aktiviti bersama anak cucu selain saya masih aktif terima tawaran persembahan.

“Kadangkala saya ikut jemaah tabligh ke luar daerah, tengok pada keadaan dan itu semua membuatkan waktu saya banyak terisi,” katanya.

Untuk rekod, Nash pernah berkahwin dengan Hayati Mohd Yusof pada 1996, mereka dikurniakan empat anak termasuk seorang anak angkat dan selepas berpisah, Nash mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati.

Sementara itu, berkongsi mengenai pelantikannya sebagai duta Umrah I’tikaf Ramadan, vokalis Lefthanded itu berkata, dia bakal menunaikan ibadah selama 40 hari di Tanah Suci sekali gus meraikan 1 Syawal di sana.

“Dua tahun lalu saya pernah menjalani ibadah puasa dan berhari raya di Mekah. Apabila diberi rezeki merasai nikmat beribadah di Tanah Suci sekali lagi, tentu saja saya sangat bersyukur dan teruja,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan