32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Bot nelayan tempatan guna kru warga Myanmar ditahan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang kerana disyaki menggunakan kru warga Myanmar ditahan, kelmarin.

Pemangku Pengarah Maritim Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata, bot kelas C itu ditahan di kedudukan 17.5 batu nautika barat daya Pulau Kendi.

Katanya, KM Sikuati yang ditugaskan di dalam perintah operasi telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan terbabit sedang menangkap ikan.

“KM Sikuati menghampiri bot nelayan tersebut dan pemeriksaan lanjut mendapati lima kru termasuk tekong warga Myanmar berada di atas bot berkenaan.

Advertisements

“Kesemua yang ditahan berumur 15 hingga 44 tahun didapati gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah sewaktu penggeledahan dilakukan,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Nak Rong berkata, pemeriksaan lanjut mendapati bot terbabit tidak mempunyai permit kelulusan penggunaan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan.

“Bot tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit atau pass yang sah.

“Kru warga asing terbabit telah direman selama 14 hari bagi membantu siasatan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan