31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 7, 2023

Manchester United boleh lupakan Sancho

Mesti Baca

THE Red Devils boleh melupakan hasrat untuk menandatangani bintang Borussia Dortmund, Jadon Sancho bagi perpindahan musim panas ini.

Perkara itu ditegaskan Pengarah Sukan Dortmund, Michael Zorc, di mana pemain sayap itu akan bermain untuk kelab ini untuk musim hadapan.

“Keputusan itu muktamad, saya rasa ini menjawab semua persoalan.

“Musim panas lalu kita telah menstruktur semula gaji berdasarkan perkembangan prestasi Jadon. Dalam konteks ini kita juga telah melanjutkan kontraknya sehingga 2023,” katanya.

Namun begitu, Manchester United masih tidak mengalah untuk mendapatkan khidmat penyerang itu sungguhpun pemain berkenaan meminta gaji yang tinggi.

Malah Manchester United mahu menawarkan bayaran pendahuluan sebanyak 70 juta pound sekali gus akan meningkatkan nilai perpindahan kepada 110 juta pound bergantung kepada pencapaian dan penampilan.

Namun, Dortmund mahukan bayaran pendahuluan lebih daripada jumlah tersebut sekiranya The Red Devils inginkan pemain sayab berusia 20 tahun kelahiran England itu.

Di samping itu, The Sun melaporkan, kelab Inggeris itu menawarkan gaji sebanyak 220,000 pound seminggu.

Bagaimanapun, difahamkan ejen Sancho meminta sebanyak 250,000 pound seminggu.

Manchester United mungkin terpaksa melupakan rundingan itu apatah lagi dengan pengalaman pembelian dan pembayaran gaji tinggi kepada Alexis Sanchez. – Agensi

Baca juga:   Sukan SEA: Harimau Muda diundi dalam 'kumpulan maut'

Wartawan

Terkini

13 kontena di Northport Pelabuhan Klang musnah

SEBANYAK 13 buah kontena yang mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran dekat Northport, Jalan Pelabuhan Utara...

Lagi Artikel Berkaitan