30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Pemuda UMNO bantah cubaan kerajaan pinda Akta 535 Tabung Haji

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menentang keras sebarang usaha kerajaan Perikatan Nasional menyemak semula ketetapan jaminan kerajaan terhadap Tabung Haji (TH).

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini termasuk kemungkinan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) yang bakal menjejaskan wang pendeposit dalam agensi kewangan itu.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau yang dimuat dalam Facebooknya hari ini:

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius kenyataan YB Senator Menteri Agama Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam Facebook beliau yang menyatakan bahawa satu usaha sedang dijalankan oleh pihaknya dan Kementerian Kewangan Malaysia untuk menyemak semula ketetapan JAMINAN KERAJAAN termasuklah kemungkinan pindaan ke atas Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535). 

Wang simpanan pendeposit Tabung Haji mendapat jaminan daripada kerajaan. – Gambar Hiasan

APA ITU JAMINAN KERAJAAN?

Di bawah Seksyen 24 Akta Tabung Haji 1995, setiap sen wang yang didepositkan oleh para pendeposit ke dalam Tabung Haji (TH) adalah dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan. Ini bermakna jika berlaku keadaan TH tidak mampu membayar balik tanggungan wang pendeposit akibat TH menjadi muflis atau kerugian, maka Kerajaan akan mengambil alih tanggungan tersebut dan membayar balik setiap sen wang pendeposit. 

KENAPA HENDAK DIPINDA?

Keistimewaan TH yang mempunyai ciri-ciri jaminan menyeluruh kerajaan ini memberikan kelebihan kepada TH berbanding bank-bank komersil dan institusi kewangan yang lain. Ini kerana rakyat sudah tentu lebih memilih untuk menyimpan dalam TH sehingga dana TH mencecah RM75 bilion. Sedangkan jaminan simpanan di bank-bank komersil hanya setakat RM250,000 oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).  

Usaha untuk meminda Seksyen 24 Akta 535 ini pernah diusahakan oleh Bank Negara di bawah Gobenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz atas alasan meratakan padang persaingan (level playing field) dalam sistem kewangan negara, tetapi tidak dipersetujui oleh Perdana Menteri waktu itu Datuk Seri Najib Razak.

Usaha untuk meminda Akta 535 tetap cuba diteruskan di zaman PH di bawah Gabenor baharu sehinggalah hari ini. 

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan