29.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

Jenazah Mohamad Aziz selamat dikebumikan

Mesti Baca

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Tan Sri Mohamad Aziz meninggal dunia akibat sakit buah pinggangdi Hospital Sultan Ismail, di sini malam tadi.

Perkara itu disahkan anaknya, Yusof Mohamad Aziz. Allahyarham berusia 80 tahun.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya Tan Sri Mohamad Aziz baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Sultan Ismail, JB.

“Jenazah akan dibawa ke rumah Nong Chik, Johor Bahru. Jenazah akan di kebumikan esok Jumaat,” katanya yang dipetik Astro Awani.Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9:50 malam akibat sakit buah pinggang.


Jenazah akan dikafan dan dimandikan di hospital sebelum dibawa ke rumah di Nong Chik, Johor Bahru.


Sementara itu, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Aliff, di sini kira-kira pukul 10 pagi ini.

Terdahulu, jenazah dimandikan di hospital dan dibawa ke kediamannya di Taman Nong Chik.Hadir sama memberi penghormatan terakhir adalah Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Samsolbari Jamali dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Ayub Jamil.

Baca juga:   Kes harian kekal bawah 9,000, Sarawak masih tertinggi

Anak sulung Allahyarham, Shukur Mohamad berkata, selain digambarkan sebagai insan yang mudah disayangi oleh orang sekelilingnya, arwah bapanya juga seorang yang tegas dan mempunyai pelbagai gelaran antaranya ‘singa selatan’.Shukur yang juga anak sulung daripada sembilan beradik berkata, pesanan Allahyarham yang akan selalu diingatinya adalah menjaga solat, menjaga silaturahim dan paling utamanya, menghormati alim ulama.

Baca juga:   PPD sedang dimuktamadkan dalam RMK-12

“Abah di luar sana dilihat sebagai seorang yang garang. Ada yang menggelarnya ‘singa selatan’ terutama seteru politik, namun sebenarnya abah paling ‘sporting’ dan apa yang anda lihat di luar, bukan yang sama apabila dia di rumah.”Kalau (arwah) ada terguris kata, salah bahasa. Ampunkan dia. Kalau (arwah) ada hutang, datang berjumpa dengan saya, Insya-Allah kita lunaskan.

“Terima kasih (kerana) daripada semalam, apabila dapat tahu dia meninggal dunia, ramai yang bertanyakan mengenainya, selain terus-terusan mendoakannya.

“Saya sebagai anak sulung dengan rendah diri mohon keampunan. Kadang-kadang orang politik dia terkasar bahasa, walhal kadang dia bergurau. Dia punyai hati yang baik,” katanya ketika ditemui.

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan