Friday, June 5, 2026

Akaun Facebook Imron Gondrong tular, mirip Presiden Jokowi

Mesti Baca

JAKARTA – Netizen Indonesia sekali lagi dihebohkan dengan wajah seorang pengguna Facebook yang mempunyai wajah mirip Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi.

Lelaki dengan rambut paras bahu dan senyuman kecilnya, pemilik akaun Facebook ‘Imron Gondrong’ itu kelihatan saling tidak tumpah dengan Jokowi.

Merdeka.com melaporkan, Imron  menjadi tular di media sosial yang mana ramai netizen melayari akaun Facebooknya untuk melihat keserupaan wajahnya dengan pemimpin Indonesia itu.

Jika Imron memotong rambut panjangnya, sudah tentu keserupaannya dengan Jokowi lagi terserlah.

Pada gambar profilnya sendiri, kemiripan Imron dan Presiden Indonesia itu sudah terserlah.

Malah bukan satu gambar sahaja yang kelihatan serupa dengan Jokowi namun ada beberapa lagi gambarnya juga kelihatan serupa.

Jika Imron memotong rambut panjangnya, sudah tentu keserupaan lelaki dari Banyuwangi, Jawa Timur itu dengan Jokowi lagi terserlah. 


Imron rupa-rupanya merupakan seorang perniaga buah naga dan berniaga sehingga ke luar pulau Jawa.

Bagi ramai pengguna media sosial, ini satu perkara yang amat menakjubkan.

Ramai juga yang sempat meninggalkan komen selepas melihat gambar Imron di Facebook itu.

Rata-rata, hampir semua mengakui bahawa Imron memang mirip Presiden mereka, Joko Widodo.  

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan