26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Nyawa rakyat dijadikan taruhan politik murahan

Mesti Baca

Oleh RAZLAN RAFI 

FITNAH, provokasi dan juga fakta separa benar sudah sekian lama dimainkan oleh DAP dan kuncu-kuncunya. 

Daripada banyak perkara dibangkitkan oleh DAP, tidak sangka ia melepasi sempadan menjaga nyawa Rakyat.

Lim Kit Siang sepatutnya menjadi semak dan imbang kepada kerajaan, bukan menjadi penyebar cerita fitnah.

Rakyat kena tahu apa implikasi setelah Kit Siang menyebar fitnah bahawa vaksin Covid-19 dibeli oleh kita 20 kali ganda lebih mahal berbanding Belgium. 

Implikasi ini amat besar dan akan mengadai nyawa rakyat Malaysia.

Implikasi :- 

1. Penguatkuasa akan memeriksa tatacara pembelian, proses ini akan terhenti dan akan mengambil masa untuk initiate semula pembelian selepas semakan harga.

2. Penjawat awam dalam ketakutan untuk memproses kontrak antara kerajaan dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) atau wakilnya.

3. Proses kerajaan dengan kerajaan (G2G) akan menjadi rumit kerana pernah terjadi Malaysia membatalkan kontrak di zaman Pakatan Harapan (PH).

4. Kehilangan keyakinan negara pengeluar vaksin kepada kerajaan Malaysia.

Ada banyak kerja akan tertangguh dan ini akan melambatkan rakyat Malaysia mendapat vaksin hanya kerana tindakan tidak bertanggungjawab Kit Siang menyebar fitnah.

Tidak disangka DAP sanggup meletakan nyawa rakyat Malaysia dalam bahaya, setakat ini,  Malaysia adalah antara negara terawal yang akan menerima vaksin selain Singapura, mendahului Filipina dan negara-negara ASEAN lain.

Usaha Kerajaan meletakkan dua kementerian bekerjasama malah WHO juga telah menggunakan tatacara pengawalan penjualan vaksin, seharusnya ini dilihat dari sudut positif, iaitu untuk mengekang pihak-pihak yang mengaut untung berlebihan, ia dibuat untuk ketelusan pelaburan demi manusia sejagat.

Proses pembelian juga menggunakan kaedah G2G.

Cukuplah meletak rakyat Malaysia dalam bahaya. Masih teringat semasa PH memerintah, menteri-menterinya langsung tidak mengambil tindakan pantas untuk menyelamatkan rakyat daripada wabak ini, malah mereka menempelak rakyat kerana ketakutan.

  • Razlan Rafi adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan