26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Prof Ungku Aziz meninggal dunia

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Prince Court di ibu negara pada pukul 4.30 petang ini.

Memetik Astro Awani, isteri Allahyarham, Rohayah Ahmad Bahiran berkata, jenazah Prof Ungku Aziz, 98, akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan pada malam ini.

Allahyarham merupakan tokoh penting di sebalik penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).


Ungku Abdul Aziz yang dilahirkan di London, United Kingdom pada 28 Januari 1922 merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan.


Beliau juga adalah seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara.

Allahyarham pernah memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV pada tahun 1993.

Beliau yang dianugerahkan gelaran “Profesor Diraja Ekonomi” (Pembangunan Luar Bandar) pada 17 Jun 1978.

Pada 21 Julai 2002 beliau telah dianugerahkan Tokoh Koperasi Negara sempena Hari Koperasi Negara.

Allahyarham merupakan bapa kepada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar.

Wartawan

Baca juga:   KWSP jadi cagaran pinjaman bank tidak langgar akta - PM

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan