28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Najib bidas pelaksanaan kategori 2 i-Sinar KWSP

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak membidas kaedah pelaksanaan kategori kedua i-Sinar yang diperkenalkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dianggap terlalu lama.

Kata bekas perdana menteri itu, ramai pencarum yang terdesak telah  menunggu sejak bulan Oktober apabila beliau dan UMNO mula menyuarakan saranan berkenaan.

Namun katanya, pengumuman KWSP semalam bagi kategori 2 bermaksud pencarum perlu menunggu lebih lama untuk menerima bayaran iaitu pada akhir bulan Februari setelah dibenarkan membuat permohonan pada 11 Januari sedangkan sekarang baru awal Disember.

“Adakah ianya munasabah bagi mereka yang tengah lemas untuk tunggu 3 bulan lagi sehingga akhir bulan Februari sebelum mendapat pelampung sedangkan mereka sudah berharap sejak bulan Oktober iaitu 5 bulan dahulu?,” tulis beliau di Facebook hari ini.

Semalam, KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan, kategori 1 melibatkan mereka yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Menurut kenyataan itu, pemohon kategori berkenaan boleh mula membuat permohonan secara dalam talian pada 21 Disember ini dengan pembayaran kepada ahli yang layak akan dibuat pada pertengahan Januari 2021.

Bagi Kategori 2 pula, pemohon boleh membuat permohonan bermula pada 11 Januari 2021 membabitkan ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas.

Katanya, kriteria itu termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

Najib berkongsi gambarnya bersama rakyat pada 2019.

Sementara itu, Najib dalam satu hantaran sinis dipercayai ditujukan kepada KWSP berkata, prinsip beliau mudah sahaja.

“Kalau nak bantu, bantulah dengan ikhlas. Kalau sayang, sayanglah dengan sepenuh hati.Faham?,” tulisnya.

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan