28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Kuarantin 14 hari tak beri impak besar ekonomi Malaysia

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hairan dengan tindakan sesetengah pihak yang mengecamnya selepas mencadangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk naikkan semula tempoh kuarantin wajib bagi pelawat asing dari 7 hingga 10 hari kepada 14 hari.

Kata bekas perdana menteri itu, cadangan dibuatnya sama seperti yang disaran WHO dan CDC Amerika Syarikat ekoran mutasi Covid-19 di United Kingdom yang merebak dengan kadar 70 peratus lebih laju serta lebih senang menjangkit kanak-kanak.

“Mereka suruh saya jangan kecoh dan jangan kritik kerajaan PN sebab pakar-pakar dalam kerajaan lebih tahu. Suruh saya diam.

“Menaikkan semula tempoh kuarantin bagi pelawat asing bukan memberi impak besar bagi ekonomi Malaysia pun sebab pelawat asing yang tanggung kos kuarantin bukan kerajaan,” tulisnya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Najib menunjukkan bukti bergambar cadangan dibuatnya untuk tarik balik keputusan kuarantin rumah sehingga tercetusnya Kluster Sivagangga Julai lalu.

Najib menjelaskan, saranan dibuatnya adalah kerana beliau mahu mengurangkan risiko virus mutasi berkenaan daripada merebak ke Malaysia dan mencetuskan gelombang ke-4 ketika jumlah kes baharu setiap hari mencecah 2,000 kes.

Katanya, banyak pihak sudah lupa bahawa beliau antara orang pertama yang kecam kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana tidak larang pengunjung dari China pada bulan Januari.

Advertisements

“Saya juga orang yang suruh kerajaan tarik balik keputusan untuk membenarkan pelawat asing kuarantin di rumah dan bukan lagi di pusat kuarantin dikawal kerajaan pada bulan Julai lalu.

“Yang follow FB (Facebook) saya tahu bahawa saya buat banyak posting masa itu (serta berbahas di Parlimen) untuk tarik balik keputusan kuarantin rumah itu kerana saya bimbang ianya akan cetuskan gelombang baru Covid pada ketika kita tidak ada penularan tempatan.

“Malangnya, kebimbangan saya terbukti benar apabila kerajaan terlalu lambat untuk tarik balik keputusan tersebut,” katanya.

Najib memberitahu, Kluster Sivagangga berpunca dari seorang yang langgar kuarantin rumah setelah pulang dari India telah menyebabkan gelombang baharu dan mengakibatkan lebih 10,000 kes dan kematian berpuluh orang.

Akibat daripada itu katanya, gelombang baharu Covid-19 yang lebih besar tercetus.

“Jadi, sebab apa nak kecam saya jika saya cuma mahu kerajaan mengurangkan risiko pada ekonomi dan keselamatan rakyat Malaysia?,”katanya.

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan