24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Polis trafik ditahan pandu lawan arus, dipercayai mabuk

Mesti Baca

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang anggota polis trafik memandu secara melawan arus selain disyaki berada di bawah pengaruh alkohol mengundang padah apabila dia ditahan kira-kira pukul 12.30 pagi hari ini.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya menerima rakaman video berkaitan Perodua Axia yang dipandu secara merbahaya dan melawan arus di Jalan Lingkaran Dalam di sini.

Beliau berkata, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor Bahru Selatan (JBS) kemudiannya mengesan dan menahan lelaki berusia 25 tahun itu.

Menurutnya, lelaki itu yang juga anggota trafik JBS ditahan di sebuah stesen minyak di Jalan Lingkaran Dalam.

Advertisements

“Siasatan mendapati, ketika kejadian, anggota terbabit tidak bertugas selain memandu kenderaan persendirian.

“Kami tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan paling tegas terhadap mana-mana pihak termasuk anggota serta pegawai yang melanggar undang-undang,” katanya yang dipetik Harian Metro hari ini.

Ayob Khan berkata, pihaknya juga akan memastikan siasatan dijalankan dengan telus dan suspek akan dituduh di mahkamah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 45A APJ 1987,” tambahnya.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan