31.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 23, 2022

Kiriman doa, nukilan Najib buat bonda ‘curi’ perhatian netizen

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kiriman doa dan nukilan peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak yang dimuatnaik dalam hantaran Facebook beliau hari ini berjaya ‘mencuri’ perhatian netizen.

Hantaran pertama dimuatnaik Najib hari ini adalah doa bekas perdana menteri itu buat ibunya, Tun Rahah Mohamed Noah yang kini dirawat di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Gambar dimuatnaik pada hantaran Facebook Najib yang disertakan doa bekas perdana menteri buat ibunya. Foto FACEBOOK NAJIB RAZAK

“Bismillahirrahmanirrahim….Ya Allah Ya Tuhanku!


“Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Muhammad S.A.W.


“Di keheningan Subuh ini, hambaMu ini memohon kepadaMu Ya Allah. Sembuhkanlah ibu hambaMu ini Ya Allah.


“Hilangkanlah kesakitan dan kesengsaraan ibu hambaMu ini Ya Allah.


“Ya Allah, ampunilahku dan kedua ibu dan bapaku, kasihanilah keduanya seperti mereka menyayangiku di waktu kecil.


“Hanya kepadaMu Ya Allah, hambaMu ini memohon bantuan.


“Sesungguhnya Kaulah yang Maha Pengasih lagi Penyayang!

Demikian merupakan rangkap doa yang ditulis Najib dan diaminkan rata-rata pengikut Facebook beliau.

Hantaran itu mendapat 125,000 tanda suka dan 21,000 Komen selain dikongsi 1,300 pengguna Facebook setakat ini.

Tun Hajah Rahah merupakan balu kepada perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein.

Selain Najib, Tun Hajah Rahah mempunyai empat lagi anak termasuk bekas Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Mohamed Nazir Razak.

Baca juga:   Najib kata kawal harga ayam tidak selesai masalah pokok

Pada hantaran kedua beliau hari ini, Najib menukilkan luahan hatinya terhadap ibunya.

“Ibu membesarkan kita.

“Ibu mendidik kita.

“Ibu jaga kita tanpa kenal penat lelah.

Baca juga:   Stadium Nasional: KBS hargai penajaan rumput oleh TMJ

“Ibu menyayangi kita tanpa keluh kesah.

“Sebagai anak, amat sedih apabila seorang ibu menerima ujian dan kesihatan yang semakin merosot.

“Namun kita kena tabah dan redha, teruskan berdoa kepada Allah,” tulis Najib.

Nukilan Najib yang turut disertakan gambar beliau dan bonda dikasihinya itu turut berjaya meraih sebanyak 93,000 tanda suka.

Ruangan komen hantaran itu turut ‘dibanjiri’ doa netizen yang mendoakan kesembuhan Tun Rahah selain memberi kata-kata semangat buat Najib.


Tun Rahah yang dimaklumkan berada dalam keadaan tidak sihat di hospital Dan menerima kunjungan beberapa pemimpin negara.

Dalam perkongsian di Facebook semalam, Najib merafak sembah dan menjunjung kasih atas kunjungan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Selain itu, turut hadir berziarah adalah pemimpin politik dari kerajaan dan pembangkang termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hari ini,  pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew turut melapangkan masa menziarah Tun Rahah dan Najib di hospital.

Ebit Lew turut melapangkan masa menziarah Tun Rahah. Foto FACEBOOK NAJIB RAZAK

Dalam hantaran Facebook Najib, beliau merakamkan terima kasih buat Ustaz Ebit Lew kerana datang menziarah ibunya di hospital.

Baca juga:   Wan Kuzain ikat kontrak bersama Rio Grande Valley FC

“Saya amat menghargai doa, sokongan dan keprihatinan semua terhadap kami sekeluarga,” tulis Najib.

Terkini

Najib nafi kerajaan bakal berbelanja bilion bantu Sapura

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan kerajaan bakal membelanjakan berbilion ringgit untuk melaksanakan cadangannya berkenaan penyelamatan...

Lagi Artikel Berkaitan