26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kerteh Soccer School terima akreditasi FAM

Mesti Baca

KERTEH  – Kerteh Soccer School, sekolah pembangunan bola sepak bagi kelab Kerteh FC telah mendapat pengiktirafan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai Ahli Gangsa Piagam SupaRimau FAM.

Kerteh FC dalam satu kenyataan berkata, Ahli Gangsa merupakan kategori asas piagam tersebut yang diberikan kepada akademi bola sepak yang menekankan kepada asas yang kuat untuk pertumbuhan masa depan.

Katanya, pengiktirafan itu bermakna Kerteh Soccer School layak menggunakan piagam untuk tujuan promosi sekali gus mendorong usahawan tempatan dan penaja untuk sama-sama menyokong program akar umbi.

Mohd Ridzuan menunjukkan pengiktirafan FAM kepada Kerteh Soccer School sebagai Ahli Gangsa Piagam SupaRimau FAM.

Selain itu jelas kenyataan tersebut, Kerteh Soccer School juga layak menyertai Liga Akar Umbi FAM atau Liga SupaRimau yang menyediakan persaingan menyeluruh dan mencorak perjalanan karier pemain.

“Keistimewaan memperoleh piagam ini, akademi yang melabur dalam latihan dan pendidikan pemain muda harus diberi penghargaan sekiranya satu pemainnya berjaya menjadi profesional.

“Faedah istimewa dan menarik untuk semua jurulatih dan pemain akademik akar umbi bersama rakan premium FAM SupaRimau namun tertakluk kepada syarat yang ditetapkan,” kata kenyataan itu, hari ini.

Advertisements

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menerusi surat kepada Kerteh FC memaklumkan permohonan Kerteh Soccer School telah diluluskan pada 30 September lalu dan akan membuat penilaian semula sebelum 31 Disember 2021.

 “Pengiktirafan oleh FAM ini merupakan satu pencapaian yang cukup membanggakan bagi Kerteh Soccer School sekali gus menyemarakkan lagi semangat kami untuk mencungkil bakat-bakat muda,” kata Pengurus Akademi Kerteh Soccer School, Mohd Ridzuan Mansor.

FAM menggariskan lima kriteria untuk sesebuah akademi bola sepak memperoleh piagam sama ada Gangsa, Perak atau Emas iaitu dari segi kepimpinan, perancangan, kemudahan, pertandingan akar umbi dan pendidikan.

Sementara itu Presiden Kerteh FC,  Mohd Razeman Mat Nashim berkata, pusat aktiviti akar umbi yang mensasarkan kanak-kanak dan remaja yang berpotensi berjaya menarik minat hampir 120 orang penyertaan dari masyarakat sekitar.

“Bagi menyokong perkembangan program ini, kami telah merancang beberapa perkara khusus pada tahun hadapan antaranya pembukaan cawangan Kerteh Soccer School di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan