31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Ahmad Faizal berundur selepas gagal dapat sokongan ADUN Perak

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Datuk Ahmad Faizal Azumu terpaksa berundur sebagai Menteri Besar Perak walaupun belum sampai sepenggal memegang jawatan itu apabila beliau gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri dalam undian yang dijalankan di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Dalam undian hari ini sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbading 10 yang menyokong, satu undi rosak atau berkecuali.
Ahmad Faizal yang juga ADUN Chendering mencatatkan sejarah kerana menjadi Menteri Besar dalam dua gabungan kerajaan berbeza.

Beliau memegang jawatan itu untuk kali pertama apabila Pakatan Harapan (PH) menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018.

Bagaimanapun apabila UMNO bersetuju bergabung dengan Bersatu dan Pas untuk menubuhkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ia turut melibatkan Perak dan Ahmad Faizal yang merupakan Timbalan Presiden Bersatu diberi kepercayaan untuk terus menjadi Menteri Besar kali kedua.

Baca juga:   Muhyiddin dakwa pengundi marah adakan PRU musim banjir

Kedudukan Ahmad Faizal mula diperkatakan apabila ADUN Pengkalan Baru daripada UMNO, Abdul Manaf Hashim membawa usul percaya terhadap beliau.

Walaupun usul itu sepatutnya dibahaskan selepas pembentangan Belanjawan 2021, namun dua usul tergempar dinawa oleh Salbiah Mohamed (BN-Temenggor) dan Howard Lee (PH-Pasir Pinji) diterima oleh Speaker Datuk Mohamed Zahir Abdul Khalid.

Ahmad Faizal yang ‘tersingkir’ melalui undi belah bahagi menerima dengan terbuka keputusan tersebut dan berjanji akan memastikan peralihan kuasa Menteri Besar akan dijalankan secara lancar.

Baca juga:   Yayasan Jamin sasar wakaf 10,000 terompah untuk masjid

‘’Saya berbangga berkhidmat kepada negeri dan menjunjung kasih kepada Sultan Perak atas kesempatan menabur bakti kepada baginda,’’ katanya yang sepatutnya membentangkan Belanjawan Negeri Perak 2021 hari ini.

Wartawan

Terkini

Pusat Sains perkenal ‘Tiket Rahmah’

PUSAT Sains Negara mengambil inisiatif memperkenalkan harga tiket masuk yang lebih murah dikenali sebagai 'Tiket Rahmah' bermula hari ini...

Lagi Artikel Berkaitan