32.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Kerajaan tarik balik keputusan jual anak syarikat THP

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk menarik balik keputusan penjualan dua anak syarikat Tabung Haji Plantations Bhd (THP) iaitu Bumi Suria Ventures Sdn Bhd dan Maju Warisanmas Sdn Bhd kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd (Tamaco).

Perkara mengenainya diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam satu kenyataan bersama malam tadi.

Mustapa memuatnaik gambar perbincangan mengenai Tabung Haji bersama Dr Zulkifli di Facebook beliau, semalam.

Menurutnya, berdasarkan situasi semasa dan mengambil kira beberapa faktor, maka pada 4 Disember, kerajaan memutuskan bahawa keputusan itu ditarikbalik untuk diteliti lebih lanjut.

“Kami bertekad untuk terus memajukan THP dan Lembaga Tabung Haji dengan lebih berjaya dan gah di dalam negara serta di persada antarabangsa.

“Kami berdoa dan bermunajat kepada-Nya semoga Allah SWT memberkati usaha kami dalam memartabatkan institusi TH,” kata kenyataan bersama itu.

Advertisements

Jelas kenyataan bersama itu, permohonan perolehan hartanah secara tidak langsung oleh Tamaco melalui langganan 100 peratus saham dalam Bumi Suria Ventures Sdn Bhd dan Maju Warisanmas Sdn Bhd daripada THP adalah tertakluk kepada Garis Panduan Perolehan Hartanah yang berkuat kuasa sejak 1 Mac 2014.

Katanya, garis panduan itu menetapkan bahawa sebarang permohonan perolehan tanah secara langsung atau tidak langsung yang mengakibatkan pengurangan pemilikan hartanah kepentingan Bumiputera oleh bukan Bumiputera adalah tertakluk kepada pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus kepentingan Bumiputera.

“Berdasarkan ketetapan ini, surat kelulusan bertarikh 24 November dikeluarkan ke atas permohonan ini dengan syarat Tamaco hendaklah mewujudkan pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya 30 peratus kepentingan Bumiputera dalam tempoh satu tahun daripada tarikh surat kelulusan dikeluarkan.

“Kelulusan secara bersyarat ini diberi atas justifikasi yang diberikan oleh pihak THP demi kelangsungan operasi dan kestabilan kewangan syarikat,” katanya.

Advertisements

Terkini

TLDM tubuh lembaga siasatan tragedi nahas dua helikopter

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian maut melibatkan dua buah helikopter...

Lagi Artikel Berkaitan