24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pendakwah selebriti direman 5 hari tuduhan merogol

Mesti Baca


SHAH ALAM – Pendakwah selebriti yang ditahan berhubung dakwaan merogol bekas jurujual sebuah pasar raya tahun lalu direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Memetik Utusan Malaysia, perintah reman terhadap suspek berusia 25 tahun itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah, Mohd. Zamir Suhaimee.

Suspek yang memakai baju berwarna hijau tiba di perkarangan kompleks Mahkamah Shah Alam di sini kira-kira pukul 9.32 pagi dan diwakili Peguam Syed Amirul Syed Edrus.

Suspek ditahan selepas mangsa berusia 23 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut Rabu lalu kira-kira pukul 7.18 malam.


Polis malam tadi menahan seorang pendakwah selebriti bagi membantu siasatan atas tuduhan merogol seorang gadis pada tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan berkata, suspek berusia 25 tahun ditahan selepas hadir ke balai memberi keterangan.

Katanya, sebelum itu mangsa memfailkan laporan polis mengenai kejadian tersebut sekitar pukul 7.18 malam tadi.

“Difahamkan, mangsa berusia 23 tahun keluar dengan suspek yang dikenali menerusi media sosial Instagram kira-kira pukul 8 malam pada 11 September tahun lalu.

“Mangsa menaiki kereta milik suspek jenis BMW untuk membuat perbincangan berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi dengan kaedah perubatan Islam.

Advertisements

“Suspek seterusnya membawa mangsa makan di kedai makan di Batu 3, Shah Alam dan kemudian ke rumahnya iaitu sebuah studio di Seksyen 7 dengan alasan untuk memberikan penerangan berhubung bagaimana hendak pulih daripada penyakit kemurungan,” katanya, yang dipetik Malaysiakini.

Ketika berada di rumah berkenaan, Baharudin berkata, mangsa dirogol dan tidak berdaya untuk melawan selain mangsa juga tidak tahu cara keluar dari tempat terbabit.

“Keesokan harinya, suspek bertindak menghantar mangsa ke lobi dan mangsa menaiki kenderaan pulang ke rumah sewanya di Subang Jaya menggunakan perkhidmatan e-hailing atau Grab.

“Mangsa yang mengalami tekanan perasaan yang teruk kemudian dimasukkan ke Hospital Kajang serta dirujuk ke rawatan psikiatri dan perlu rawatan susulan pada 23 September tahun lalu,” katanya.

Baharudin berkata, pada Oktober tahun lalu, mangsa pulang ke rumah keluarganya di Triang, Pahang dan mendapatkan rawatan semula di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.

Katanya, mangsa juga ditahan selama lima hari di wad psikiatri.

Menurutnya, pihak hospital berkata mangsa mengalami tekanan perasaan serta trauma akibat dari kejadian tersebut dan masih menerima rawatan susulan.

Baharudin memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Jelasnya lagi, polis akan memohon perintah penahanan reman untuk suspek daripada mahkamah Shah Alam pagi ini.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan