31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Hampir 30 tahun cari rezeki baiki mesin basuh, peti sejuk

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Perubahan dan kepesatan teknologi peralatan rumah seperti mesin basuh dan peti sejuk tidak menghalang seorang usahawan Nazran Mohamed Noh, 54, meneruskan perkhidmatan membaiki peralatan tersebut.

Graduan Politeknik Ungku Omar Ipoh pada tahun 1986 itu menjadikan pekerjaan tersebut sebagai sumber pendapatan bagi menyara keluarga.

NAZRAN MOHAMED NOH

“Teknologi sudah berubah 100 peratus. Makin lama makin canggih. Kita tidak mampu mengelak atau menghadkan teknologi , tetapi kita harus mengikuti perkembangan semasa berkaitan produk peralatan kegunaan rumah bagi memudahkan apa yang kita usahakan.

“Sudah hampir 30 tahun, saya terlibat dalam bidang. Zaman dahulu teknologi analog, mudah tetapi sekarang teknologi sudah berubah 100 peratus, makin lama makin canggih, jadi saya kena ikuti perkembangan bagi memudahkan kerja saya,” kata Nazran ketika ditemui Edisi 9 di kediamannya di Bandar Puncak Alam, Selangor.

Anak jati Bagan Datuk ini memulakan perkhidmatan perniagaan di Bazar Mara kemudian berpindah ke Taman Medan, Petaling Jaya sebelum ke Bandar Puncak Alam.

Menurutnya, beliau menjalankan usaha itu di garaj miliknya dengan mengenakan bayaran yang bergantung kepada jenis kerosakan.

Kerosakan diteliti terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pembaikan dilakukan.

“Servis perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan bermula RM30 untuk mengenal pasti kerosakan. Kemudian penilaian penuh akan dibuat mengikut alat ganti yang diperlukan. Kebanyakan alat ganti mudah didapati di sekitar Lembah Klang.

“Saya tidak ada pekerja. Hanya anak lelaki saya sahaja yang bantu. Kini dia sudah membuka cawangan kami di Manjung dengan jenama sama Ariff Service and Repair”, jelasnya lagi.

Nazran berkata, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan ketika ini menghadkan perkhidmatannya kepada pelanggan di luar daerah.

Nazran memasukkan mesin basuh ke dalam kereta selepas diperbaiki untuk dihantar kepada pelanggan.

“PKPB menghadkan pergerakan saya untuk membaiki mesin basuh ataupun peti sejuk di luar kawasan Puncak Alam. Kebanyakan pelanggan yang sudah berpindah masih mendapatkan perkhidmatan saya”, jelasnya lagi.

Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini boleh layari page Facebook Ariff Repair & Services Edisi 9

Nazran melakukan kerja-kerja di bengkelnya.

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan