27.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 19, 2021

Pelan pemulihan Tabung Haji anjuran PH gagal, segera tubuh RCI

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar Kerajaan PN menyegerakan penubuhan RCI Tabung Haji (TH) dan menghentikan segera segala transaksi penjualan aset-aset TH termasuk baki 74 peratus ladang kelapa sawit milik TH Plantations.

Berikut adalah kenyataan penuh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

1. Pendedahan Timbalan Menteri Kewangan 2, YB Mohd Shahar Abdullah mengenai kerugian bersih syarikat Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) sebanyak RM9.95 bilion bagi tahun kewangan berakhir 2019 di Dewan Rakyat Rabu lalu amat membimbangkan. 

2. Ini jelas menunjukkan Pelan Pemulihan Tahung Haji (TH) yang dianjurkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah gagal dan hanya bersifat kosmetik semata-mata bagi menutup kelemahan dasar ekonomi mereka yang menyebabkan aset-aset TH bernilai RM9.63 bilion terjejas teruk dan sekaligus dijual kepada UJSB dengan penerbitan sukuk berjumlah RM19.9 bilion pada bulan April 2019.

3. Menurut Pelan Pemulihan TH Kerajaan PH ini juga, UJSB akan menebus kembali sukuk-sukuk tersebut berserta keuntungan berjumlah RM27.56 bilion pada hujung tahun ke-9.

4. Persoalannya, apakah UJSB yang hanya berpendapatan (revenue) sebanyak RM234 juta sahaja bagi tahun 31 Disember 2019 ini berkemampuan untuk membina dana sebesar RM27.56 bilion bagi menebus sukuk-sukuk tersebut? 

Baca juga:   Tabung Haji untung RM1.25 bilion sehingga Jun tahun ini

5. Ketua Audit Negara turut meragui keupayaan UJSB untuk mencapai sasaran tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan.

Baca juga:   Tabung Haji untung RM1.25 bilion sehingga Jun tahun ini

6. Lebih membimbangkan apabila ‘jaminan berbentuk komitmen’ yang sering diuar-uarkan oleh Bekas Menteri JPM, YB Dr Mujahid Yusof Rawa hakikatnya bukanlah Jaminan Kerajaan mengikut Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965.  

7. Atas dasar inilah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sejak dari awal tidak yakin dan sinis dengan Pelan Pemulihan TH anjuran PH ini kerana menganggap hanya satu ‘grand scheme’ atau ‘konspirasi besar’ penjualan lambak aset-aset TH dengan mengaburi persepsi rakyat khususnya pendeposit dan menutup kelemahan dasar ekonomi PH.

8. Pemuda UMNO sedikit kecewa kerana tiada tindakan yang signifikan daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menubuhkan Suruhanjaya Sisatan DiRaja (RCI) untuk menyiasat sebarang salah laku dan penyimpangan dalam TH, walaupun telah berkali-kali dibangkitkan termasuk penyerahan Memorandum Mendesak penubuhan RCI TH kepada YB Menteri Agama di JPM. 

9. Justeru, sekali lagi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar Kerajaan PN dapat menyegerakan penubuhan RCI Tabung Haji dan menghentikan segera segala transaksi penjualan aset-aset TH termasuk baki 74% ladang-ladang kelapa sawit milik TH Plantations.

Baca juga:   Kami nak putuskan rantaian Covid-19, bukan nak berpolitik

Terkini

500,000 masalah paparan sijil vaksin selesai tempoh seminggu

CYBERJAYA – Sebanyak 500,000 masalah ketiadaan paparan sijil vaksin digital di dalam aplikasi berjaya diselesaikan MySejahtera dalam tempoh seminggu...

Lagi Artikel Berkaitan