Wednesday, July 22, 2026

Sisik tenggiling bernilai RM25.3 juta dilupus

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) melupuskan sisik tenggiling seberat 2,058 kilogram (kg) bernilai RM25.3 juta  di Pusat Kualiti Alam, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

PERHILITAN dalam satu kenyataan berkata, sisik tenggiling itu merupakan hasil rampasan beberapa kes bermula 2017 sehingga 2019 oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia yang diserahkan kepada pihaknya.

“Kaedah pelupusan ini menggunakan kaedah pembakaran di dalam insinerator di pusat tersebut,” kata PERHILITAN hari ini.

Sisik tenggiling seberat 2,058 kilogram bernilai RM25.3 juta dilupuskan di Pusat Kualiti Alam, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

Kata kenyataan itu, Tenggiling merupakan hidupan liar yang disenaraikan sebagai spesies yang tidak boleh di Perdagangan dibawah Konvesyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES). 

Jelasnya, pelupusan sisik tenggiling itu merupakan satu kejayaan besar untuk negara yang menunjukkan tahap keseriusan Malaysia dalam membendung penyeludupan hidupan liar.

“Tindakan ini juga merupakan salah satu obligasi Negara di bawah CITES,” tambah kenyataan itu lagi. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan