32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Najib kecewa TH Plantations teruskan rancangan jual ladang

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tindakan TH Plantations meneruskan rancangan yang dibuat semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menjual 74 peratus daripada jumlah keluasan ladang mereka amat mengecewakan.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jika sebelum ini TH Plantations memberi alasan kejatuhan harga sawit sebagai alasan penjualan itu, namun semalam nada syarikat itu berubah apabila menyatakan pandemik Covid-19 dan penutupan pintu sempadan Malaysia sejak suku pertama menjadikan keadaan operasi mencabar. 

NAJIB RAZAK

Katanya, syarikat itu juga memberi alasan sekatan ke atas pengambilan pekerja asing baharu terus menjejaskan pengeluaran perladangan pada suku semasa.

“Eh! Kelulusan untuk pengambilan pekerja asing ialah di bawah bidang kuasa kerajaan. Sebagai sebuah syarikat GLC, kenapa kamu tak rayu kepada menteri PN ( Perikatan Nasional) untuk mendapat kelulusan pekerja asing jika kamu tak berjaya mengambil pekerja tempatan untuk mengganti pekerja asing?

“Kerajaan BN masa saya PM perlu masa sembilan tahun untuk menaikkan jumlah keluasan ladang milik TH Plantations dari 20,000 hektar ke 104,000 hektar. 

“Sekarang dijual dan dirancang untuk dijual 74 peratus keluasan pula berdasarkan alasan-alasan yang tidak bertukar-tukar dan tidak boleh diterima ketika harga sawit pada harga paling rendah sejak lapan tahun dahulu dan syarikat sedang catat keuntungan. Amat mengecewakan,” tulis Najib dalam hantaran Facebook, hari ini.

Najib berkata, antara sebab utama rejim kerajaan PH ditolak majoriti orang Melayu dan Islam ialah penjualan aset negara secara lambak terutamanya aset-aset milik Tabung Haji.

Namun tegasnya, tidak ada sebarang penjualan yang telah ditandatangani PH yang telah dibatalkan ketika kerajaan PN ini.

Menurutnya, ini termasuk penjualan ladang TH Plantations Sarawak yang dijual kepada syarikat bukan bumiputera, Tamaco yang dimiliki keluarga Lim dengan harga RM170 juta pada tahun lepas walaupun pengeluaran dan keuntungan ladang tersebut semakin meningkat.

“Alasan TH Plantations masa itu untuk menjual aset ialah syarikat sedang mengalami kerugian sebab harga minyak sawit rendah pada harga sekitar RM1,600 hingga RM1,800 satu tan.

“Sekarang TH Plantations sudah mencatat keuntungan semula setelah harga sawit naik ke RM3,400 satu tan iaitu paling tinggi sejak lapan tahun dahulu akibat pengeluaran minyak sawit di Indonesia jatuh.

“Sebab itu ianya amat mengecewakan bahawa TH Plantations mengumumkan mereka sedang teruskan rancangan yang dibuat masa kerajaan PH dahulu untuk menjual 74 peratus daripada jumlah keluasan ladang mereka dan proses penjualan ini dijangka selesai dalam masa 12 bulan lagi,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Dewan Rakyat lulus RUU Pindaan AUKU 2023

DEWAN Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) (Pindaan) 2023 setelah dibacakan buat...

Lagi Artikel Berkaitan