27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Gangguan bekalan air di 7 wilayah Lembah Klang berulang

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 (SSP1, SSP2 dan SSP3) dan Rantau Panjang telah dihenti tugas pada tengah hari ini berikutan pencemaran bau.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, keempat-empat loji itu dihenti tugas antara pukul 12.20- 12.45 tengah hari.


Katanya, ini disebabkan LUAS mengesan pencemaran bau seakan-akan pelarut di Sungai Selangor.

“Bau telah dikesan sekitar lapan ton (di LRA Rantau Panjang).Berdasarkan pemantauan LUAS setakat pukul 6 pagi tadi rekod bacaan terakhir masih 0 ton. 

“LUAS, Air Selangor dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu.

19 Oktober Oktober lalu, empat LRA Sungai Selangor dihenti tugas berikutan pencemaran bau yang dikesan di Sungai Selangor kira-kira pukul 2 pagi.

Advertisements

Henti tugas keempat-empat loji itu sebelum ini mengakibatkan gangguan air tidak berjadual buat lebih 1.1 juta akaun merangkumi 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Elina Baseri berkata, henti tugas diempar LRA itu mengakibatkan gangguan bekalan air kepada 1.1 juta akaun merangkumi 1,279 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.


Katanya, usaha mencairkan bahan pelarut dan ‘flushing’ bahan pencemaran di Sungai Selangor sudah dibuat dengan melepaskan air dari Empangan Sungai Selangor sebanyak 300 juta liter sehari dan Empangan Sungai Tinggi sebanyak 500 juta liter sehari.


Selain itu katanya, LUAS telah melepaskan air mentah menerusi pengepaman kolam KL Larut dengan kapasiti 192 juta liter sehari bagi tujuan sama.

“Air Selangor amat memahami Situasi para pengguna yang memerlukan air bersih khasnya semasa peningkatan kes Covid-19 dengan mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna terjejas,” katanya.

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan