24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Maradona legenda gol ‘ tangan tuhan’ meninggal dunia, Argentina berkabung

Mesti Baca


Legenda bola sepak dunia, Diego Maradona meninggal dunia di rumah di Buenos Aires, awal pagi ini akibat serangan jantung.

Pada awal bulan ini, bekas pemain kebangsaan Argenita yang berusia 60 tahun itu menjalani pembedahan akibat saluran darah di otak tersumbat dan turut mengikuti rawatan mengatasi masalah ketagihan alkohol.

Maradona mula mencipta nama dalam dunia bola sepak apabila membantu pasukan Argentina menjuarai Piala Dunia pada tahun 1986 yang turut menyaksikan Maradona menjaringkan gol menggunakan tangan pada peringkat suku akhir bagi membolehkan negara itu menumpaskan England 2-1.

Maradona menganggap ia gol ‘tangan Tuhan’. Bagaimanapun pada Julai 2017, bekas pemain itu mengakui gol ‘tangan tuhan’ yang terkenal itu tidak akan disahkan jika ada teknologi video pembantu pengadil (VAR) pada tahun 1986.

‘’Saya sentiasa memikirkan mengenai gol ‘tangan tuhan’ sentiasa kali bercakap bagi sokongan kepada penggunaan VAR,’’ kata Maradona.

Advertisements

Malah Maradona berkata, perlawanan dengan England bukan kali pertama dan terakhir beliau menggunakan tangan, sebaliknya mengakui turut menggunakan tangan untuk menepis bola dari garisan gol Argentina ketika menentang Rusia dalam perlawanan peringkat kumpulan di Piala Dunia 1990 melawat Rusia.

Selepas Piala Dunia 1986 Mexico, Maradona memimpin pasukannya di Piala Dunia Itali yang menyaksikan Argentina tewas kepada Jerman pada perlawanan akhir manakala pada Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat, Maradona dihantar pulang selepas dinyatakan positif dadah.

Sepanjang kariernya, Maradona yang berbadan gempal terlibat dalam pelbagai kes termasuk penyalahgunan dadah dan beliau juga menghadapi masalah kesihatan. Berikutan kematian legenda tersebut, Argentina mengumumkan berkabung selama tiga hari.

Persatuan Bolasepak Argentina berkata,’’ Maradona selalu ada di hati kami’’ manakala Presiden negara itu, Alberto Fernandez berkata;

‘’ Anda membawa kami ke puncak dunia. Anda telah membuat kami begitu gembira. Anda yang terhebat daripada yang terhebat. Terima kasih Diego. Kami semua akan merinduikanmu sepanjang masa.’’

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan