28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Seorang lagi anggota PGA ditembak di sempadan

Mesti Baca


ALOR SETAR – Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dilaporkan cedera selepas terkena tembakan ketika bertugas di sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, petang ini.

Kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu membabitkan seorang anggota Batalion 3 yang sedang melakukan kawalan sempadan di Pos M16 Bukit Kayu Hitam sebelum secara tiba-tiba terkena tembakan.

Difahamkan, anggota terbabit mengalami kecederaan ringan pada perut berikutan peluru yang dipercayai dilepaskan dari arah negara jiran terkena baju kalis pelurunya.

Memetik Harian Metro, anggota terbabit sudah dibawa keluar dan kini sedang mendapat rawatan lanjut.

Advertisements

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dilakukan pihak berkuasa.

Menurutnya, maklumat lanjut berhubung kejadian akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

Ini adalah kejadian kedua membabitkan serangan sehingga menyebabkan kecederaan ke atas anggota PGA selepas dua anggota PGA diserang di Pos TS9 berdekatan Padang Besar, Perlis, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.10 pagi itu, anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, maut selepas terkena dua das tembakan pada dada dan perut, manakala Sarjan Norihan Tari, parah terkena tembakan pada kanan perut.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan