26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Lelaki ditahan bantu siasatan kes tembak polis bantuan

Mangsa cedera pada paru-paru kanan dan kini keadaan mangsa masih ditidurkan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki berusia 35 tahun ditahan susulan kes tembak membabitkan anggota polis bantuan di Jalan Aur Duri Kampung Seberang Pasir Mas, Salor, Kelantan, malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, pihak polis menerima laporan kejadian jam 11.30 tengah malam tadi, daripada pihak Hospital Pasir Mas (HPM) yang memaklumkan seorang lelaki cedera akibat ditembak.

“Berdasarkan laporan, mangsa sempat menelefon rakannya bagi memaklumkan bahawa dia ditembak dan berada di Kedai Nasi Lemak 43, di sini, untuk meminta bantuan.

“Mangsa dihantar ke HPM menggunakan ambulans sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, di sini, bagi rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Ujar Muhamad Zaki lagi, pihaknya dimaklumkan mangsa cedera pada paru-paru kanan dan kini keadaan mangsa masih ditidurkan.

Menurut beliau, motif kejadian masih dalam siasatan.

Terdahulu, mangsa, Kamarul Fadzreen Kamaruzaman, 30, yang juga pemuda UMNO Ketereh, dipercayai ditembak oleh individu tidak dikenali pada dada sebelah kanan ketika menunggang motosikal.

Mangsa dilaporkan masih menunggang motosikal sejauh 100 meter selepas ditembak, menuju ke sebuah kedai makan berdekatan untuk meminta bantuan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan