26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PRU15: Calon PN Kelantan diumum 3 November, guna logo PAS

Lebih 27,000 petugas jentera pilihan raya akan dikerah turun padang mendekati pengundi dalam usaha merebut semua 14 kerusi Parlimen di negeri ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) Kelantan dijangka memperkenalkan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 3 November depan.

Pengarah Pilihan Raya PN Kelantan, Zulkifli Mamat, berkata pelancaran jentera pilihan raya juga dijangka dibuat pada tarikh berkenaan.

“Kebiasaannya kita akan memperkenalkan calon dan pelancaran jentera dua hari sebelum hari penamaan calon. Insya-Allah tahun ini juga sama.

“Semua calon PN Kelantan serta dua negeri lagi akan guna logo PAS sebagaimana yang dimuktamadkan sebelum ini,” katanya pada sidang media secara langsung selepas merasmikan Bilik Gerakan Media, hari ini.

Zulkifli berkata, bagi berdepan PRU15, PAS mengekalkan pendekatan sama untuk mendekati pengundi iaitu kaedah bersemuka.

Menurutnya, lebih 27,000 petugas jentera pilihan raya akan dikerah turun padang mendekati pengundi dalam usaha merebut semua 14 kerusi Parlimen di negeri ini.

Advertisements

“Untuk Kelantan, kita mempunyai 544 bilik gerakan unit daerah mengundi,” katanya.

Ujar Zulkifli lagi, sebaik hari penamaan calon, PN akan mengadakan sidang media harian di bilik gerakan.

“Kali ini PN mengambil pendekatan mesra pemberita dan mesra berita. Disebabkan itu, kita akan mengadakan sidang media setiap hari, pada jam 11 pagi bagi memudahkan pihak media,” katanya.

Untuk rekod, Kelantan mempunyai lebih 1.4 juta pengundi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan