31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

KKM terima pengiktirafan serantau pengurusan Covid-19 terbaik

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kedudukan Malaysia sebagai Pusat Penjagaan Kesihatan Mengkagumkan Dunia diperkukuhkan lagi dengan kemenangan besar tokoh dan institusi Kesihatan Malaysia pada Anugerah Global  Kesihatan Asia Pasifik 2020, hari ini.


Ini dibuktikan dengan 26 anugerah yang dimenangi pada tahun ini termasuk bagi kategori ‘Stellar Covid-19 Achievement of the Year’ yang dimenangi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang mewakili KKM berkata, pengiktirafan itu adalah untuk dedikasi dan komitmen petugas barisan hadapan yang berkorban masa dan usaha menjadi benteng dalam menguruskan pandemik dan memastikan rakyat Malaysia selamat.


“Saya mengucapkan terima kasih buat mereka,” katanya.


Dr Adham berkata, KKM mengulangi kemampuan dan falsafah perpaduan yang memastikan kejayaan negara mengharungi situasi sukar ketika ini.


“Tahun 2020 benar-benar menunjukkan kekuatan dan ketahanan sistem penjagaan kesihatan Malaysia di tengah-tengah wabak global. 

“Sebagai sebuah negara, kita telah bersama-sama, pihak berkuasa, petugas barisan hadapan dan rakyat untuk melindungi negara dan menjaga negara seaman mungkin,” katanya

Selain mendapat pengiktirafan atas prestasi luar biasa Malaysia dalam menangani wabak tersebut, pemimpin Malaysia dan institusi penjagaan kesihatan terkemuka berjaya merangkul kemenangan besar pada anugerah tersebut.

Tahun ini menandakan penganjuran  anugerah itu buat kali kelima yang dianjurkan oleh Global Health and Travel.

Anugerah ini mengiktiraf komitmen pemain perjalanan penjagaan kesihatan di rantau Asia Pasifik yang telah menunjukkan standard yang konsisten dalam penyampaian penjagaan kesihatan dan pengalaman pesakit. 

Berikut adalah antara Anugerah dan pemenang Anugerah Global Kesihatan Asia Pasifik 2020:

• Stellar Covid-19 Pencapaian Tahun Ini: KKM

• Anugerah Pencapaian Seumur hidup:Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

• Personaliti Tahun Ini:Tan Sri Dr Yahya Awang, Doktor Bedah Cardiothoracic  dari Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL)


• Kepimpinan  Hebat dalam Penjagaan Kesihatan: Sherene Azli, Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC)


• Hospital Terbaik di Asia Pasifik:Subang Jaya Medical Centre


• Hospital Pelancongan Perubatan di Asia Pasifik: Sunway Medical Centre


• Hospital Pangkalan Bernilai di Asia Pasifik:Island Hospital


• Hospital Terbaik di Malaysia

o Subang Jaya Medical Centre

o Prince Court Medical Centre

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan