29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

KIP Mall mula beroperasi di Desa Coalfields

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Pusat perniagaan komersial KIP Mall yang beroperasi secara rasmi semalam dijangka menjadi destinasi utama untuk membeli-belah, pengembaraan gastronomi dan hiburan kepada lebih 230,000 penduduk di Desa Coalfields dan kawasan sekitar Sungai Buloh, dekat sini.

Pusat komersial dua setengah tingkat itu mempunyai lebih daripada 99 kedai runcit dan 40 kios dapat memberi manfaat besar dan menarik orang ramai dari kawasan berdekatan Bandar Seri Coalfields, Bandar Saujana Utama, Bandar Puncak Alam, Alam Perdana, Bandar Tasik Puteri, Bandar Batu Arang, dan Desa Moccis dengan waktu operasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

“Kami gembira dengan sokongan yang kami diterima dari rangkaian kedai runcit terkenal. Setakat ini, kami mempunyai kadar kemasukan untuk beroperasi tinggi sekitar 83% dan dijangka meningkat kepada 95% dalam tempoh 6 bulan lagi.

“KIP Mall, Desa Coalfields ini juga mudah diakses dari laluan utama Jalan Sungai Buloh- Kuala Selangor, Lebuh Raya PLUS, Lebuhraya LDP dan Lebuhraya Guthrie Corridor”, jelas Valerie Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KIP, ketika dihubungi edisi 9.

VALERIE ONG – Foto THE EDGE

KIP Mall beroperasi di tanah pegangan bebas seluas 7.4 ekar yang mempunyai 436 tempat letak kenderaan luaran percuma termasuk 9 tempat letak kenderaan orang kurang upaya ( OKU ) dan 240 ruang parkir untuk motorsikal.

Menurut Valerie, pengunjung di KIP Mall dapat mengunjungi permis perniagaan seperti pasar raya utama Econsave, Mr. DIY, Pasaraya Mu, SWC, Tealive, Papagrill, The Chicken Rice Shop, Secret Recipe, King’s Confectionery, Watsons, Guardian, MNB Fashion, MOG Eyewear, Celcom, Maxis selain pandu lalu KFC drive-thru dan kepelbagaian kedai jualan yang akan beroperasi secara berperingkat.

Selebriti tanah air, Datuk Rosyam Noor turut membuat pelaburan dengan membuka kafe ‘Bapak Style Coffee’ yang dijangka menjadi tumpuan pengunjung KIP Mall.

Tambahnya lagi, bersempena dengan pembukaan pusat membeli-belah ini kebanyakan penyewa akan menawarkan tawaran dan promosi yang menarik untuk semua pengunjung KIP Mall.

Valerie Ong (kiri) meninjau sekitar KIP Mall Desa Coalfields selepas pembukaannya, semalam.

Dalam pada itu seorang penduduk Razali Raz, 42 menyifatkan pembukaan KIP Mall tepat pada masanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

“Kita belum pasti bilakah Covid-19 ini akan berakhir. Pergerakan bersyarat yang dipraktikkan memperlahankan pergerakan akibat faktor jarak terutamanya untuk membeli keperluan harian.

“Dengan adanya KIP Mall ini memudahkan saya mendapatkan keperluan yang dinginkan,” jelasnya. – Edisi 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan