27.4 C
Kuala Lumpur
Monday, November 4, 2024

Lokman Adam ditahan buat kenyataan ugutan jenayah terhadap PM

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan penahanan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan ke atas ahli perniagaan itu dibuat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), berikutan satu laporan polis terhadap beliau.

HUZIR MOHAMED

Katanya, pada 1 November 2020, satu siasatan dimulakan ke atas sebuah video yang dimuatnaik akaun Facebook Lokman Noor Adam kerana mempunyai unsur ugutan jenayah dan menggunakan perkataan jelik terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 198 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

“Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan kecil  1955 kerana menggunakan perkataan yang kurang sopan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Huzir berkata, tangkapan ke atas suspek dibuat malam tadi kira-kira pukul 11 malam dan gajet yang dipercayai digunakan untuk memuatnaik video tersebut turut dirampas.

“Permohonan reman ke atas suspek telah dibuat dan dibenarkan selama sehari dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Huzir sementara itu berkata, polis menegaskan siasatan yang dijalankan adalah secara professional dan adil tanpa menerima arahan atau tekanan mana-mana pihak.

Beliau menambah, semua pihak diminta memberi ruang supaya polis dapat melengkapkan siasatan dengan telus dan adil dengan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kedinamikan bahasa Melayu mengharungi evolusi era digital

Oleh NORLIZA AMIN BAHASA Melayu, sebagai bahasa utama di Malaysia, telah mengalami pelbagai perubahan sejak berabad-abad lamanya. Dari zaman Kesultanan Melayu...

Lagi Artikel Berkaitan