25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Pelajar tingkatan 6 ditahan dipercayai bunuh rakan sendiri

Mesti Baca

KUALA TERENGGANU – Seorang remaja perempuan yang juga kenalan Siti Nur Surya Ismail, 19, yang dibunuh di rumah keluarganya di Kampung Lubuk Batu, Telemong di sini, semalam ditahan polis, hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daut berkata, suspek berusia 19 tahun itu ditahan selepas dia diserahkan oleh ibunya pada pukul 8.15 pagi ini.

Menurutnya, tangkapan terhadap suspek dibuat berdasarkan bukti yang ditemui di lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari rumah burung berhampiran kediaman mangsa.

“Suspek datang ke Balai Polis Telemong ditemani ibunya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Bagaimanapun, keterangan wanita itu mencurigakan selain terdapat beberapa kesan kecederaan termasuk gigitan pada lengan dan badan suspek sebelum ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya yang dipetik Harian Metro, hari ini.

Mohd Adli berkata, berikutan penahanan itu, polis menjalankan siasatan di rumah suspek sebelum menemukan beberapa barangan termasuk wang tunai dan peralatan solek dipercayai milik mangsa.

Menurutnya, sebelum kejadian, suspek dikatakan pergi ke rumah mangsa dengan menaiki motosikal.

“Ketika bersembang di ruang tamu, berlaku kata-mengata yang menimbulkan kemarahan pada suspek sebelum berlaku pergaduhan dan pergelutan.

Baca juga:   Samun Lebuh Raya Besraya: Kerugian lebih RM3 juta

“Suspek dikatakan mengambil pisau dapur yang ada di ruang tamu sebelum mengelar beberapa kali pada pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus,” katanya.

Baca juga:   Gara-gara ubah saluran TV, bapa kelar anak hingga maut

Mohd Adli berkata, suspek yang masih belajar di tingkatan enam disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Marang, esok untuk permohonan reman.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa, Siti Nur Surya ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.

Abang mangsa, Mohd Zaid Azroi, 28, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas dihubungi Syuhada ketika dia sedang bekerja di Kampung Bukit Payong.

“Adik (Siti Nur Surya) dibunuh kejam dengan beberapa kesan (tikaman) dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

“Ketika kejadian hanya ibu sahaja yang ada di rumah. Ibu yang terlantar sakit hanya mampu melihat kerana dia menghidapi sakit kanser otak,” katanya.

Terkini

Hapus kuasa veto, netizen puji kenyataan berani PM

KENYATAAN berani yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke -77 di...

Lagi Artikel Berkaitan