25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 8, 2021

Lagi bot nelayan asing diusir di perairan Perak

Mesti Baca

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak sekali lagi mengusir dua bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara di kedudukan 33 batu nautika barat laut Pulau Jarak semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, dua  bot tersebut dikesan oleh Kapal Maritim KM Rawa yang sedang melaksanakan Op Benteng di perairan negeri Perak kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati sebuah bot pukat jerut yang dikendalikan 20 kru termasuk tekong serta sebuah bot peranti dengan lima kru sedang melakukan aktiviti menangkap ikan. Kesemua kru dan tekong merupakan warga Indonesia.

“KM Rawa memberi amaran keras dan mengarahkan kedua-dua bot terbabit menghentikan aktiviti penangkapan ikan serta keluar dari perairan Perak dengan kadar segera.

Imej merakamkan kedudukan bot nelayan Indonesia semasa ditahan Maritim Malaysia. – Foto FB Maritim Malaysia

“Tindakan pengusiran itu turut dibantu oleh pesawat udara Maritim Malaysia AW139 yang juga dalam rondaan pengawasan udara Op Benteng di perairan Selat Melaka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahrizan memberitahu, kedua-dua bot nelayan Indonesia itu diusir keluar oleh Kapal Maritim Rawa dan pesawat udara AW139 secara membayangi sehingga ke garis sempadan perairan Malaysia-Indonesia.

“Ini adalah bot nelayan Indonesia yang kelima dan keenam menceroboh perairan Perak dan kesemuanya telah diusir keluar sejak 31 Oktober 2020,” jelas beliau.

Baca juga:   Kembali lebih 5,000 kes positif, 6.3 juta dos vaksin
Baca juga:   Tak dapat wang, lelaki baru keluar penjara bakar rumah keluarga

Sementara itu, Shahrizan berkata, pengusiran t bot nelayan asing merupakan tindakan semasa bagi mencegah penularan Covid 19 kepada rakyat tempatan.

“Maritim Malaysia akan terus meningkatkan pemantauan dan memperkukuhkan kawalan sempadan perairan khususnya melalui Op Benteng Laut yang bertujuan untuk mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini,” katanya.

Beliau menambah, orang awam dan komuniti maritim diminta bekerjasama menyalurkan maklumat yang membabitkan tekong, ejen serta tali barut penyeludupan PATI ke talian NTF 011- 6251 1123 atau talian Pusat Operasi Maritim Negeri Perak 05-6838737. – Edisi 9

Terkini

Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia ikut SOP ketat

PROGRAM 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat...

Lagi Artikel Berkaitan