24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Covid-19 ubah persepsi masyarakat terhadap sains – 3M

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Semakin ramai penduduk di dunia  mempercayai sains terutamanya ketika pandemik Covid-19 melanda hampir satu dunia.

Menerusi tinjauan State of Science Index (SOSI) oleh 3M berjudul 2020 Pandemic Pulse, sebanyak 89 peratus daripada golongan yang ditinjau mempercayai sains; 86 peratus mempercayai saintis manakala 77 peratus lagi cenderung untuk bersetuju bahawa sains memerlukan suntikan pembiayaan. 

Selain itu, sebanyak 92 peratus responden global percaya bahawa tindakan yang diambil oleh individu harus berpaksikan sains untuk membendung wabak global semasa, sekali gus menjadi satu lagi penanda aras yang menyaksikan kepercayaan orang ramai terhadap sains.

Kevin McGuigan

Pengarah Urusan 3M, Rantau Asia Tenggara, Kevin McGuigan berkata, buat julung kali, apresiasi terhadap sains telah diperbaharui dalam kalangan orang ramai di seluruh dunia.

Menurutnya, SOSI buat pertama kali sejak tiga tahun yang lalu, hanya 28 peratus individu yang ditinjau mempunyai keraguan terhadap sains iaitu penurunan sebanyak tujuh mata.

“SOSI belum pernah menyaksikan perubahan yang begitu ketara dalam trend tersebut. 
“Di peringkat global, orang ramai mula menunjukkan sokongan kepada barisan pekerja kesihatan dan saintis sebagai adiwira baharu. 

“Ini termasuk tiga wirawan yang terdiri daripada pakar kesihatan negara, Dr. Fauci dari Amerika Syarikat, Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand dan di tanah air kita sendiri, Dr. Noor Hisham Abdullah. 

“Mereka menyarungkan PPE sebagai kostum adiwira mereka, dan menggendong kepakaran dalam bidang kesihatan sebagai kekuatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

McGuigan berkata, ketika penawaran penyelesaian kesihatan terus menjadi keutamaan di sebalik pandemik semasa, orang ramai kini mengharapkan sains untuk menyelesaikan isu-isu kritikal yang melibatkan alam sekitar serta keadilan sosial, termasuk hak kesaksamaan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta pendidikan STEM yang mudah untuk diakses oleh semua. 

Menurut SOSI, 82 peratus individu yang ditinjau bersetuju bahawa kesan negatif akan dialami oleh dunia yang tidak mempedulikan sains. 

“Pencorakan imej mengenai sains ini menjadi tema utama penemuan yang dibuat oleh SOSI. Meskipun dunia masih jauh lagi dari berkongsi pandangan yang sama terhadap sains, kita tidak dapat menyangkal lagi bahawa orang ramai mula menyedari tentang keupayaan sains untuk memperbaiki kehidupan kita. 

Advertisements

“Kepercayaan dan apresiasi terhadap sains yang semakin meningkat juga disaingi oleh jurang dan cabaran yang perlu ditangani agar generasi saintis baharu dapat ditunjangi oleh diversiti dan keupayaan untuk menangani isu-isu global dengan betul,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, McGuigan memberitahu, meskipun sentimen pro-sains  lebih kuat pada masa ini, ramai individu yang hilang galakan untuk menuntut ilmu sains, khususnya generasi muda. 

Ujarnya, tinjauan SOSI melaporkan bahawa kira-kira 28 peratus individu muda adalah tiga kali ganda lebih cenderung untuk kehilangan sumber galakan bagi menjurusi pengajian sains berbanding baby boomer (9%). 

Pada masa sama katanya, wujud pelbagai tanggapan negatif terhadap subjek STEM yang membelenggu pelajar antaranya kekurangan akses, keyakinan, serta jurang ketidaksamaan dari segi jantina dan kaum walaupun terdapat sistem sokongan untuk membantu mereka. 

“Di sebalik perbelanjaan kerajaan Thailand, Indonesia dan Malaysia sebanyak 20 peratus daripada bajet negara untuk memperbaiki sistem pendidikan, namun ramai pelajar Asia Tenggara masih rasa terasing daripada subjek STEM yang diajar di bilik darjah, serta kegunaannya dalam dunia sebenar. 

“Pada tahun 2018 misalnya, hanya separuh daripada para pelajar Malaysia atau 44 peratus memilih subjek STEM kerana mereka tidak dapat melihat dengan jelas sumbangan sains dalam kehidupan mereka, dan hanya 33.1 peratus pelajar memilih untuk menuntut subjek STEM di Indonesia,” katanya.

“Mungkin satu cara untuk meleraikan stereotaip negatif terhadap pendidikan STEM di Asia Tenggara adalah dengan memperkayakan kaedah pembelajaran yang praktikal dan berasaskan kemahiran di sekolah contohnya memanfaatkan peralatan digital seperti video yang dipadankan dengan latihan dan projek yang praktikal,” katanya.

Sementara itu, McGuigan berkata,3M menggalakkan kolaborasi dan tanggungjawab bersama untuk membuka haluan bagi pertumbuhan konsisten dan inovasi dalam sains.

Katanya, ini termasuk bagi tujuan pencarian solusi bersifat lestari yang baharu untuk menyelesaikan isu-isu global yang kritikal, atau untuk menggalakkan lebih ramai golongan muda untuk menjurusi pengajian STEM, kolaborasi antara pihak kerajaan, perusahaan swasta, institusi akademik dan organisasi bukan kerajaan (NGO), semuanya adalah mustahak untuk memacu pertumbuhan dalam bidang sains. 

“Setiap tahun, 3Mgives menganjurkan peraduan bertaraf antarabangsa yang menghadiahkan geran untuk mendukung tiga tunjang utama yang terdiri daripada Komuniti, Alam Sekitar dan Pendidikan. 

“Selain itu, 3M telah melaburkan sebanyak AS$150,500 untuk merapatkan jurang ketidaksamaan bagi golongan yang kekurangan suara di rantau Asia Tenggara dengan AS$17,500 telah diberikan kepada Teach for Malaysia,” tambahnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan