32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Bukan bincang soal tubuh kerajaan perpaduan – Dr Mahathir

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin politik beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, agenda untuk mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan juga tidak pernah dibincangkan dalam pertemuan yang difahamkan berlangsung selama tiga hari berturut-turut itu.

Sebelum ini beliau Dr Mahathir dilapor mengadakan pertemuan dengan beberapa ahli politik termasuk Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri; dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.

Tambah Dr Mahathir, cadangan seperti itu sukar untuk diterjemahkan memandangkan ada dalam kalangan pemimpin tertentu yang pernah bekerjasama dengan beliau tidak bersetuju dengan idea tersebut.

“Ku Li (Tengku Razaleigh) dulu (berada) dalam Kabinet saya. Dia nak jumpa takkan saya kata tak boleh, tak suka (tengok) muka awak… (saya) tak bolehlah (buat) macam tu. Saya jumpa dengan menteri agama pasal saya kenal menteri agama dah lama dah. Dulu (beliau) jadi mufti wilayah, saya memang kenal dia.

“Dia datanglah nak tunjuk kepada saya buku-buku yang ditulis berkenaan dengan COVID-19. Mat Sabu ni datang selalu, dia jumpa saya nak bincang pasal politik sikit bolehlah. Tiada bincang (berkenaan kerajaan perpaduan).

Advertisements

“Kita tak boleh nak buat dengan dia (Mohamaad Sabu) pasal ada orang (tertentu) tak bagi (dan setuju dengan idea berkenaan),” katanya seperti dilaporkan oleh Astro Awani hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu berkata demikian kepada pemberita selepas Sesi Perjumpaan bersama wakil Parti Pejuang Tanah Air (Perjuang) Parlimen Langkawi di Padang Matsirat, Langkawi.

Terdahulu, menerusi akaun Facebook Kelab Penyokong Dr Mahathir iaitu Kelab Che Det telah memuat naik tiga keping gambar bekas perdana menteri itu bertemu dengan pemimpin berkenaan di kediamannya pada 26, 27 dan 28 Oktober 2020.

Mengenai Belanjawan 2021, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang berkata, parti itu bersedia untuk menyokong belanjawan tersebut tetapi perlu meneliti terlebih dahulu kandungannya sebelum berbuat demikian.

“Kita nak bersetuju, tapi kita tidak tahu apa dia (kandungan dalam belanjawan). Takkan kita nak sign blank cheque, jadi kita nak tahu apa ada dalam belanjawan. Kerana paper berkenaan dengan belanjawan ini tebal. Ada dua bahasa… kita kena baca dulu,” katanya.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli Parlimen meneliti sesuatu dokumen sebelum membuat keputusan menyokongnya di Dewan Rakyat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan