25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

6 daripada 1,000 kes Covid-19 di Malaysia meninggal dunia

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Enam daripada 1,000 kes positif Covid-19 di Malaysia berkemungkinan meninggal dunia, dedah kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa mendedahkan perkara itu berkata, kebanyakan kes kematian kes Covid-19 adalah membabitkan mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi.

Menurutnya, kematian kes Covid-19 juga membabitkan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan seperti Diabetes Mellitus, jantung, kolestrol, buah pinggang dan paru-paru.

“Peratusan kematian dalam kalangan kaum lelaki lebih tinggi iaitu 65 peratus berbanding kaum wanita, 35 peratus,” kata KKM menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Menurut KKM, setakat 22 November 2020, jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 335.

“Jika dilihat dari sudut umur, golongan yang berusia dalam lingkungan 60-69 tahun adalah yang paling tinggi dilaporkan meninggal dunia,” tambahnya.

Advertisements


Dalam hantaran Facebook berasingan, KKM mengingatkan masyarakat supaya terus mematuhi dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19.

Menurutnya,  virus Covid-19 telah pun ada dalam komuniti setempat dan mahu atau tidak, orang ramai perlu hidup dengan virus ini.

“Tetapi ini bukan penamat kepada kehidupan manusia sejagat. Kita boleh mengurangkan penularan virus ini dengan cara mengamalkan SOP yang telah disarankan. 

“Basuh tangan dengan menggunakan air dan sabun, pakai pelitup muka apabila berada di luar dan elak bersalaman adalah antara nasih yang perlu dipatuhi.

“Selain itu, masyarakat perlu mengelakkan dari tempat yang sempit atau tertutup, tempat yang sesak dan pastikan ada jarak apabila bersembang,” tambah hantaran itu.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan