25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pernahkah saya hasut rakyat tolak kerajaan PN? – Najib

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan tuduhan yang mendakwa beliau menghasut rakyat menolak kerajaan Perikatan Nasional (PN) jika tuntutan pengeluaran wang Akaun 1 KWSP dan lanjutan moratorium pembayaran pinjaman bank tidak dilaksanakan.

Kata bekas perdana menteri itu, kedua-dua tuntutan itu yang juga syarat Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Belanjawan 2021, adalah permintaan rata-rata rakyat yang sedang dalam kesusahan.

Menurutnya, rakyat juga faham implikasi bagi pengeluaran RM10,000 ini ialah mereka kehilangan pendapatan RM41 sebulan selepas mereka bersara.

“Kita jangan ingat rakyat bodoh atau tidak faham implikasi pengeluaran ini, akan sia-siakan duit dari pengeluaran ini atau tidak berazam untuk gantikan pengeluaran ini pada masa depan.

“Apa yang saya dapat jika kedua-dua syarat ini dilaksanakan kerajaan? Ini bukan syarat untuk teruskan projek kerajaan bagi kroni saya atau untuk saya.

“Pernahkah saya suruh rakyat untuk tolak kerajaan PN jika kedua-dua syarat ini tidak dibuat?” tulisnya di Facebook hari ini.

Advertisements

Najib membuat hantaran itu setelah ada pihak yang menuduh beliau sedang menghasut atau mempermainkan rakyat dalam isu pengeluaran KWSP dan lanjutan moratorium pinjaman sebab saya nyatakan dalam Dewan Rakyat bahawa inilah dua syarat untuk BN sokong bajet 2021

Najib berkata, sehingga kini, tiada seorang pun menjawab soalannya bagaimana Belanjawan 2021 “yang cuma 2.5%” lebih tinggi” daripada Belanjawan 2019 mampu menyelamatkan negara.

Sehingga kini juga ujarnya, tiada seorang pun menjawab soalannya bagaimana Belanjawan 2021 boleh menyelamatkan ekonomi memandangkan skim moratorium pinjaman, i-Lestari, Program Subsidi Upah, dan bayaran Bantuan Prihatin ditamatkan atau dikurangkan pada tahun depan.

“Sebab itu, saya berpendapat bahawa dana yang disuntik oleh kedua-dua langkah ini mampu membantu rancakkan ekonomi dan akan selamatkan lagi ramai pekerjaan. 

“Saya bukan tidak ada pengalaman atau tak faham hal-ehwal ekonomi Malaysia sebab kadar pertumbuhan ekonomi dan dividen KWSP juga antara paling tinggi sejak 20 tahun lalu pada tempoh saya PM dan menteri kewangan. 

“Jika sesiapa boleh sangkal apa yang saya tulis di atas, barulah ianya adil untuk kamu tuduh saya sedang menghasut atau mempermainkan rakyat,” katanya.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan