24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Semua sekolah di Sabah ditutup 16 hari

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk menutup semua sekolah di Sabah bermula 10 Oktober sehingga 25 Oktober 2020 berikutan peningkatan kes positif Covid-19 di negeri itu.


Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, keputusan itu dibuat semasa Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Menurutnya, beberapa keputusan penting telah dibuat oleh mesyuarat khas itu termasuk bersetuju supaya KPM meneliti keperluan untuk menutup sekolah-sekolah di seluruh negeri Sabah.

DR MOHD RADZI MD JIDIN

“Jika sebelum ini KPM telah menutup sekolah di zon merah di Sabah, keputusan hari ini membolehkan KPM menutup semua sekolah di Sabah,” katanya di akaun Facebook rasmi beliau malam tadi.

Advertisements

Mohd Radzi berkata, mesyuarat khas itu turut memutuskan bahawa, mana-mana sekolah di seluruh negara yang mempunyai kes positif Covid-19 perlu ditutup oleh KPM untuk tempoh tujuh hari tanpa menunggu analisa risiko oleh KKM. 

Beliau menjelaskan, dalam hal ini, sekolah-sekolah yang mempunyai kes positif Covid-19 perlulah mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh KPM.

“Penutupan ini dibuat berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengawal penularan wabak Covid-19 dan mengambilkira keperluan untuk pengesanan kontak rapat dan kerja-kerja disinfeksi dijalankan,” katanya.

Sementara itu, merujuk kepada kes positif Covid-19 di Sekolah Kebangsaan Presint 8 (1), Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Sekolah Kebangsaan Bangsar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Radzi memberitahu, arahan penutupan sekolah dikeluarkan oleh PKD semalam dan sekolah ditutup bermula pada 9 Oktober 2020 sehingga 16 Oktober 2020.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan