31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Robot pintar lindungi Masjidilharam dari wabak

Mesti Baca


MEKAH – Arab Saudi menggunakan robot pintar dalam melakukan kerja pensterilan, perlindungan persekitaran dan kawalan wabak di Masjidilharam di sini.

Penggunaan robot pintar itu dilancarkan oleh Presiden Hal Ehwal Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais, semalam.

Saudi Gazette melaporkan, robot itu dikuasakan dengan sistem automasi “Pemetaan dan Penyesuaian Serentak’ (SLAM) resolusi tinggi.

Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais (dua dari kanan) melihat robot pintar di Masjidilharam. Foto SAUDI GAZETTE

Bercakap pada majlis itu, Abdul Rahman berkata, pelancaran robot pintar berkenaan akan memberi sumbangan signifikan dalam usaha besar-besaran mencegah penularan pandemik Covid-19 dan pelbagai wabak lain.

Robot itu menumpukan usaha pensterilan dalaman di enam tingkat premis Masjidilharam sekali gus meningkatkan kekuatan dan keselamatan atmosfera persekitaran kesihatan.

“Ia juga akan menganalisa keperluan pensterilan seperti penggunaan senario, laluan pensterilan dan secara bebas merancang tempoh yang diperlukan untuk meliputi ruang persekitaran,” katanya.

Di bawah SLAM, robot berfungsi sepenuhnya secara automatik yang membolehkannya bergerak secara bebas pada persekitaran yang tidak diketahui.

Ini juga membantu robot itu mengetahui kedudukan dan orientasi serta memeta persekitaran dengan sensor robot tanpa melibatkan maklumat luaran.

Peranti robot itu mengandungi ciri amaran awal dengan transmisi audio pada masa diperlukan serta bateri pengecasan.

Robot itu bekerja antara lima hingga lapan jam tanpa campur tangan manusia dan ia juga mesra manusia.

Peranti itu mampu memuatkan 23.8 liter cecair nyahkuman dan mengambil masa sejam untuk menyembur dua liter cecair nyahkuman.

Robot itu juga mampu menghapuskan bakteria  di kawasan tertutup seluas 600 meter persegi pada satu-satu masa.

Peranti yang disertakan dengan kamera  dengan radar kualiti tinggi untuk pemetaan telah mendapat sijil antarabangsa termasuk sijil CE Eropah. AGENSI

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan