31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Bayi perempuan setahun korban termuda Covid-19 di Malaysia

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Seorang bayi perempuan berusia setahun dipercayai menjadi korban termuda Covid-19 yang  meninggal dunia, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia merupakan kes kematian ke-140 melibatkan pesakit kes ke-12,432.

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Menurutnya, kes dibawa mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 Oktober 2020. 

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan. 

“Saringan Covid-19 didapati positif pada 5 Oktober 2020. Kes disahkan meninggal dunia pada 5 Oktober 2020 pukul 4.25 petang,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Dr Noor Hisham memberitahu, kematian bayi warganegara itu merupakan satu daripada empat kematian yang direkodkan setakat tengah hari ini sekali gus keseluruhan korban Covid-19 di negara ini mencapai angka 141 orang.

Katanya, buat masa ini, terdapat 31 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di ICU di mana lapan kes memerlukan bantuan pernafasan. 

“Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan Covid-19. 

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 141 kes (1.04 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)” katanya.

Kematian ke-138 iaitu kes ke-11,154 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun. 

Baca juga:   Terbang tanpa destinasi jadi trend di Hong Kong

Kes telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan pada 25 September 2020.  Saringan Covid-19 didapati positif pada 26 September 2020. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober 2020 pukul 6.50 pagi.

Baca juga:   Covid-19: Kes harian menurun sedikit, 10 kluster baharu dikesan

Selain itu, kes kematian ke-139 iaitu kes ke-12,431 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun. Kes mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 September 2020.  

Saringan Covid-19 didapati positif pada 30 September 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober 2020 jam 5.05 pagi.

Sementara itu, kes kematian ke-141 iaitu kes ke-13,067 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun.

Kes mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit kesihatan mental. Kes ditemui tidak sedar diri pada 5 Oktober 2020, jam 7 pagi dan terus dibawa terus ke Hospital Pulau Pinang. 

Pesakit didapati tidak bernafas di Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia 5 September 2020 pukul 7.50 pagi. Saringan Covid-19 dikesan positif. 

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Wartawan

Terkini

Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai kerana shiqaq

ISTERI bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam,...

Lagi Artikel Berkaitan