26.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 16, 2021

Rakyat sudah penat lihat gelagat ahli politik – Salleh

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, rakyat sudah penat melihat gelagat ahli-ahli politik yang hanya memberi tumpuan kepada politik semata-mata sehinggakan tiada masa untuk berkhidmat untuk mereka.

Melalui catatan dalam blognya, bekas Ketua Menteri Sabah itu menegaskan, sudah tentulah ada masa untuk berpolitik dan sudah pasti juga ada masa untuk berkhidmat.

‘’Rakyat sedar bahawa ahli-ahli politik di Malaysia berpolitik 24 jam, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun,’’ sindir beliau.

Berikut pandangan beliau yang dicoretkan dalam salllehsaid.com:

Seorang ahli politik yang baik adalah seorang yang sentiasa peka terhadap denyutan nadi negara, dan seorang yang sentiasa mendengar suara-suara rakyat. Ahli-ahli politik dan juga aktivis-aktivis politik amat gemar melaungkan slogan ‘rakyat adalah boss’.

Namun, sebaik sahaja dapat menggenggam kuasa, mereka seakan terlupa siapakah sebenarnya ‘boss’. Bak kata penjawat-penjawat awam, ahli-ahli politik datang dan pergi, tetapi rakyat tetap di sini sampai bila-bila pun.

Sudah tentulah ada masa untuk berpolitik, dan sudah pasti juga ada masa untuk berkhidmat. Rakyat sedar bahawa ahli-ahli politik di Malaysia berpolitik 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.

Baca juga:   Pengeluaran Akaun 1: KWSP tak terpengaruh desakan, buat keputusan melulu

Rakyat juga semakin penat melihat gelagat ahli-ahli politik yang hanya memberi tumpuan kepada politik semata-mata sehinggakan tiada masa untuk berkhidmat untuk mereka.

Baca juga:   Keputusan MT malam ini tentukan UMNO kukuh atau berantakan
SALLEH SAID KERUAK

Persepsi memang penting. Namun, persepsi yang dicipta hari ini sangat tidak baik. Rakyat kini menganggap ahli-ahli politik sebagai tamak dan hanya mementingkan diri sendiri. Ini perlu diubah segera.

Ahli-ahli politik perlu sedar bahawa mereka kini semakin tidak disukai oleh ramai rakyat yang sudah lesu dan muak dengan kemelut yang tiada penghujungnya.

Kita perlu terima hakikat bahawa era majoriti dua pertiga, atau pun majoriti mudah di Parlimen oleh hanya satu parti sudah berakhir.

Kini, gabungan-gabungan empat atau lima parti pun hanya mampu menang dengan majoriti yang nipis, atau berjaya membentuk kerajaan dalam Parlimen yang hampir tergantung.

“Normal—normal baharu” untuk Malaysia bukan hanya melibatkan penjarakan fizikal dan pengasingan diri dari masyarakat umum. Kini ia juga menentukan bagaimana politik harus digerakkan.

Parti-parti dan ahli-ahli politik perlu mencari titik persamaan yang boleh membuatkan mereka bekerjasama demi rakyat. Sebaik sahaja tamat pilihan raya, kita perlu segera bekerja demi negara dan rakyat.

Monopoli dan hegemoni sudah tidak lagi wujud. Yang wujud hari ini adalah perkongsian kuasa. Mereka yang menang, dan mereka yang kalah perlu duduk semeja untuk memikirkan apakah yang terbaik untuk negara.

Baca juga:   Kedah catat jumlah pelaburan tertinggi, jauh atasi Selangor

Untuk mencapai matlamat ini, kita perlu meneroka dan mempertimbangkan sedikit konsesi dan tolak ansur. – Edisi 9

Baca juga:   Kedah catat jumlah pelaburan tertinggi, jauh atasi Selangor

Terkini

Rakyat Malaysia dibenar tunai umrah mulai Isnin

RAKYAT Malaysia dibenar mengerjakan umrah berkuat kuasa Isnin ini selaras dengan pemansuhan MyTravelPass untuk ke luar negara, kata Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan