26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Perhilitan selamat gajah mangsa jerat di Jeli

Mesti Baca

KOTA BHARU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ( Perhilitan) menyelamatkan seekor gajah dewasa yang disyaki telah terkena jerat dan mengalami kecederaan berhampiran Kampung Renyuk, Jeli Kelantan, Sabtu lalu.

Menerusi hantaran Facebook, Perhilitan berkata, pihaknya menerima satu aduan melalui talian Hotline Jabatan Perhilitan pada 9 Oktober lalu.

Kaki gajah bengkak dipercayai terkena jerat. Foto FACEBOOK PERHILITAN

Menurut pengadu, seekor gajah yang disyaki telah terkena jerat dan mengalami kecederaan ditemukan berhampiran Kampung Renyuk Di Jeli.

“Susulan aduan tersebut, Unit Tangkapan Gajah (UTG) Kelantan telah digerakkan ke kawasan tersebut.

“Pada 10 Oktober, sejumlah 11 kakitangan yang terdiri daripada UTG Kelantan dan pasukan Op Bersepadu Khazanah Zon Timur telah menjalankan operasi bagi menjejak gajah dan haiwan itu berjaya dijumpai,” kata kenyataan itu hari ini.

Perhilitan berkata, pemerhatian awal mendapati kaki kanan hadapan gajah telah bengkak dan bernanah disyaki terkena jerat.

“Jabatan Perhilitan mengucapkan terima kasih kepada pengadu yang telah memberi maklumat sehingga gajah ini dapat diselamatkan,” katanya.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan