31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 23, 2024

Permohonan baharu BPN 2.0 dibuka 15 Okt., bayaran pertama 26 Okt.

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dibuka mulai 15 Oktober sehingga 15 November 2020 bagi membantu kumpulan  yang belum pernah menerima bantuan itu sebelum ini.

BPN 2.0 juga dibuka kepada golongan mudah terjejas baharu yang layak memohon akibat perubahan terhadap status pendapatan mereka ekoran impak penularan Covid-19.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Dr Tengku Zafrul Aziz berkata, tempoh permohonan baharu BPN 2.0 dibuka dari 15 Oktober 2020 sehingga 15 November 2020.

Menurutnya, bagi memastikan BPN sampai kepada mereka yang benar-benar layak, proses semakan atas permohonan baharu akan dibuat dalam kadar segera.

“Bagi mereka yang diluluskan, bayaran akan dibuat secara sekaligus pada bulan Januari 2021.

“Pemohon  baharu BPN 2.0 boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat lanjut atau untuk membuat permohonan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Tengku Zafrul dalam pada itu berkata, bayaran fasa pertama BPN 2.0 akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima bermula 26 Oktober secara berperingkat-peringkat.

Penerima bantuan terdiri daripada kategori isi rumah dan individu bujang.

Inisiatif BPN 2.0 keseluruhannya berjumlah RM7 bilion akan disalurkan melalui dua fasa pembayaran, iaitu pada bulan Oktober 2020 dan Januari 2021.

Sementara itu, Tengku Zafrul menasihatkan masyarakat agar berhati-hati dengan penipu yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan BPN 2.0 ini.

“Penerima disarankan untuk merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat peribadi kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali,” tambahnya.

Advertisements

Terkini

Malaysia muncul Raja Sepak Takraw Dunia yang baharu!

MALAYSIA muncul sebagai Raja Sepak Takraw Dunia yang baharu selepas merobohkan tembok penguasaan Thailand dengan menyapu kejuaraan beregu dan...

Lagi Artikel Berkaitan