34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Langgar kuarantin: Polis sahkan siasat MB Selangor

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah memulakan siasatan berhubung isu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang didakwa melanggar arahan kuarantin kendiri bagi mengawal penularan Covid-19.

Memetik Free Malaysia Today, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner, Datuk Fadzil Ahmad berkata, kes itu disiasat oleh pihak Bukit Aman mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

“Kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” katanya, hari ini.

7 Oktober lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis akan membuka kertas siasatan sekiranya perlu berhubung isu Amirudin yang didakwa melanggar arah seean kuarantin kendiri.

Katanya, pihaknya masih meneliti kes berkenaan termasuk permohonan maaf dibuat Amirudin di media sosial sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid memberitahu, polis sedang mendapatkan keterangan dokumen dan saksi kompeten.

Menurutnya, siasatan dimulakan pada 5 Oktober ke atas catatan berkait menteri besar yang tular di media sosial.

Siasatan dikelaskan bawah Seksyen 15 dan Seksyen 22 kerana tidak mematuhi perintah sah.

“Masih dalam siasatan,” katanya.

Amirudin dalam mesej Twitter pada 4 Oktober lalu memohon maaf kerana terpaksa keluar dari kuarantin malam berkenaan bagi menyelesaikan isu pencemaran sungai yang menyebabkan dua Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas.

“Namun saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai ‘face shield’, ‘face mask’ juga kedua-dua ujian saringan saya menunjukkan keputusan negatif,” katanya dalam hantaran itu.

Beliau juga memaklumkan turun melawat LRA Sungai Semenyih bagi meninjau situasi pencemaran bersama Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, pada hari berkenaan.

AMIRUDIN SHARI

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan