27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Kapal Dayang Topaz karam, 2 maut , 185 diselamatkan

Mesti Baca

PUTRAJAYA – Dua orang kru kapal platform Dayang Topaz maut manakala dua lagi cedera selepas kapal yang membawa 187 kru itu dilaporkan mengalami insiden kecemasan di perairan Kuala Baram, Sarawak pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.45 pagi ini di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri.

 Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, setakat pukul 9.29 pagi, empat kru yang dilaporkan hilang sebelum ini berjaya ditemukan pasukan penyelamat menjadikan mangsa yang diselamatkan sebanyak 185 orang.

Menurutnya, Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC Putrajaya) menerima aduan dari kapal Sapura Construction melaporkan kapal itu menerima isyarat kecemasan dari  kapal Dayang Topaz yang membawa 187 kru termasuk dua daripadanya warga Indonesia.

Katanya, kapal Sapura Construction  bergerak ke lokasi untuk mengesan lokasi sebenar kapal Dayang Topaz yang dilaporkan mulai karam dengan 62 kru masih berada di atas kapal, manakala 124 kru lagi telah terjun ke laut.

“Sehubungan itu katanya, aset-aset bantuan telah segera bergerak  ke lokasi kejadian melibatkan tiga kapal dan sebuah bot Maritim Malaysia di Miri bersama tujuh kapal dan bot milik syarikat Petronas dan Shell.  

Advertisements

“Pada kira-kira pukul 9.29 pagi, seramai 124 kru berjaya diselamatkan manakala seorang lagi meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Zubil berkata, semua kru yang dijumpai diselamatkan oleh aset-aset bantuan dan kapal-kapal yang tiba di lokasi kejadian. 

Platform pelantar Minyak beramB rosak akibat dilanggar Dayang Topaz. foto FACEBOOK MARITIM MALAYSIA

Katanya, keadaan laut masih bergelora dengan ketinggian ombak antara 3.5 ke 4 meter paras ketinggian.

“Berdasarkan maklumat awal, kejadian disyaki berpunca daripada salah satu kabel sauh Kapal Dayang Topaz terputus ekoran daripada cuaca buruk dan kapal tidak dapat dikawal lantas hanyut melanggar platform pelantar Minyak beramB,” katanya.


Beliau menambah, aset-aset Maritim Malaysia terlibat adalah KM Siagut, KM Siakap dan Bot Penggalang 23 yang kini berada di lokasi kejadian untuk memantau keselamatan mangsa dan aset-aset SAR yang berada di lokasi kejadian. 

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan