26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Hina Agong, polis siasat pemilik akaun Facebook Hi Ruey Terng

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat pemilik akaun Facebook, Ho Ruey Terng selepas didapati memuat naik hantaran serta gambar menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, polis menjalankan siasatan berikutan laporan terhadap lelaki itu yang memuat naik kenyataan berunsur penghinaan dan hasutan terhadap Al-Sultan Abdullah.

Mior Faridalathrash Wahid

“Polis membuka kertas siasatan terhadap individu terbabit mengikut Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Advertisements

“Siasatan akan dilakukan daripada pelbagai sudut,” katanya yang dipetik Harian Metro.

Terdahulu, tular di media sosial kenyataan dimuat naik seorang pengguna Facebook menggunakan nama Ho Ruey Terng dengan mendakwa Yang di-Pertuan Agong sebagai diktator dan gagal menyelesaikan permasalahan yang wujud akibat penularan Covid-19.

Bagaimanapun, hasil carian mendapati individu berkenaan telah nyahaktifkan akaun Facebooknya.

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan