27.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 24, 2022

8 pemandu mabuk dipenjara, denda di bawah akta baharu

Mesti Baca


JOHOR BAHRU – Johor muncul antara negeri terawal menggunakan Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan pindaan 2020 ke atas pemandu mabuk yang mula dikuatkuasakan, Jumaat lalu.

Sebanyak sembilan individu didakwa atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol mengikut pindaan baharu itu di Mahkamah Majistret, Johor Bahru, hari ini.

Tertuduh yang berusia lingkungan 25 hingga 56 tahun didakwa melakukan kesalahan memandu kereta di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan iaitu 50mg dalam 100 mililiter darah pada 23 Oktober hinggan 25 Oktober di sekitar Johor Bahru.

Memetik Harian Metro, lapan daripada mereka mengaku bersalah manakala seorang lagi mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nur Asidah A.Rahman.

Bagi lapan individu termasuk seorang wanita yang mengaku bersalah, Nur Asidah menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh hari dari tarikh sabitan kes, denda RM10,000 serta hilang kelayakan lesen selama dua tahun.

Jika gagal membayar denda mereka akan dipenjara selama 10 bulan.

Sementara itu, mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM13,000 terhadap seorang lelaki yang mengaku tidak bersalah dan menetapkan 26 November depan untuk sebutan kes.

Baca juga:   Mahkamah Rayuan bebas tuduhan rasuah Tengku Adnan

Sementara itu, Pegawai Pendakwaan Trafik, ASP Azmi Abdul Salam meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran manakala kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman denda minimum atas alasan mereka menanggung keluarga serta telah insaf.

Baca juga:   Video tular bukan kes dera, tapi tertekan nak balik negara asal

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2020 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000, dipenjarakan sehingga dua tahun serta hilang kelayakan lesen selama dua tahun.

Terkini

Kanak-kanak 5 tahun maut, bapa, kakak parah nahas 2 kenderaan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam kejadian kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kesang Garing,...

Lagi Artikel Berkaitan