30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Perkara ditakuti terjadi, petugas frontliner positif Covid-19

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tidak dinafikan meninggalkan lima orang anak bersama suami untuk berbakti kepada negara bukan keputusan mudah khasnya bagi petugas barisan hadapan di zon merah, Sabah.

Bagi Siti Nurjannah Abu Bakar, dia tidak menyesal membuat keputusan berjauhan dengan keluarga kerana tujuannya ke Sabah kerana ingin berbakti kepada negara dan membantu rakan-rakan seperjuangannya yang lain.

Namun setelah 18 hari di negeri itu, Nurjannah disahkan positif Covid-19, iaitu perkara yang paling dia tidak sangka, mimpi dan ditakuti akhirnya terjadi jua.

“Rasa down? Speechless? Menangis la aku sepuas hati tadi selepas dapat keputusan yang paling aku tak jangka. Namun menyesal tidak sekali. Aku tahu perancangan Allah lebih baik.

Siti Nurjannah tidak kesal tinggalkan lima anak kepada suami di Semenanjung demi berbakti kepada negara sebagai petugas hadapan di Sabah. – Foto FB

“Allah sayang aku dan keluarga aku sebab tu macam-macam Allah uji dan aku berdoa agar aku cepat sembuh dan dapat jumpa semula keluarga aku.

“Terima kasih pada keluarga, rakan, orang atasan yang call dan WhatsApp kata-kata semangat pada aku. Sungguh sangat bererti doa kalian pada aku,” tulisnya dalam hantaran dalam akaun Facebook miliknya, semalam.

Difahamkan Nurjannah yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia tiba di Sabah pada 1 Oktober lalu dan ditempatkan di Lahad Datu.

Nurjannah mengakui memang ada mulut- mulut mengatakan dia bodoh sebab serah diri ke tempat yang sememangnya diketahui sebagai zon merah.

Katanya, ada juga mengatakan seronok sebab akan dapat elaun yang banyak yang dia sendiri tak faham maksudnya.

“Tapi aku tak kisah, bagi aku,tujuan aku pergi semata-mata kerana ingin berbakti pada negara dan membantu rakan-rakan seperjuanganku yang lain.

“Selain aku dapat menimba pengalaman di tempat orang, ye la nak jadi askar, pegang senapang aku tak layak. Jadi ini sahajalah bakti aku kepada negara, melawan musuh yang tak nampak di mata,” katanya.

Tambah Nurjannah, sesungguhnya ujian yang paling tidak tertanggung adalah rindu.

“Aku seorang frontliner, doakan aku bebas Covid-19,” tulisnya mengakiri hantarannya itu. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan