32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Amirudin langgar SOP, PDRM teliti buka kertas siasatan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – PolisĀ akan meneliti jika ada keperluan untuk membuka kertas siasatan terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang melanggar perintah kuarantin Covid-19 baru-baru ini.

Memetik Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya masih meneliti kes berkenaan sebelum mengambil tindakan susulan.

Menurutnya, polis setakat ini  belum menerima laporan berhubung kes itu tetapi akan menelitinya.

“Beliau (Amirudin) sudah memohon maaf menerusi media sosial berkaitan pelanggaran perintah kuarantin itu dan jika ada keperluan, kita akan buka kertas siasatan,” katanya  hari ini.

Acryl berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang tetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau menegaskan, selaras dengan perutusan khas Perdana Menteri semalam, tiada sesiapa terkecuali daripada siasatan dan tindakan termasuk ahli politik dan pemimpin kerajaan.

“Polis akan lebih tegas dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” katanya.

Pada 29 September lalu, Pejabat Menteri Besar Selangor memaklumkan Amirudin disahkan bebas Covid-19 selepas menjalani kuarantin di rumah bagi mematuhi arahan KKM sebaik kepulangan beliau dari program di Sabah.

Keputusan itu hasil daripada ujian RT-PCR (Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction) yang dijalankan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 28 September lalu.

Terkini

Malaysia kecewa kuasa veto diguna halang Palestin anggotai PBB

MALAYSIA menyuarakan rasa bimbang dengan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan