33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Zulkifli Zain hembus nafas terakhir di sisi isteri, anak-anak

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran tanah air, Datuk Zulkifli Zain, 76, meninggal dunia kira-kira 7.30 malam semalam di kediamannya di UK Perdana, dekat sini.

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam satu kenyataan berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Datin Normala Omar dan lima orang anaknya.

Bekas Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia itu meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit.

Menurut Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di UK Perdana selepas zuhur hari ini.

Allahyarham sebelum ini telah beberapa kali dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan yang meruncing.

Zulkifli yang memulakan karier dengan filem pertama lakonannya iaitu Jiwa Remaja pada tahun 1975.

Beliau juga telah berlakon dalam lebih sepuluh buah filem antaranya Tiada Esok Bagimu, Sesejuk Air Mata Ibu, Matinya Seorang Patriot, Cicak Man dan terakhir menerusi filem Pecah pada 2013.

Selain itu, beliau turut berlakon dalam beratus-ratus drama sepanjang berada di dalam dunia hiburan antaranya Rumah Kedai, Cinta Korporat, Gerak Khas dan Tanah Kubur. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan