27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, December 2, 2022

Tuntutan faraid balu Abam Bocey selesai, ibu mertua dapat bahagian

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini mengenai tuntutan faraid yang difailkan pada 15 Julai lalu.

Menurut Hidayah, 28, mahkamah menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak membabitkan rumah, kereta, wang ringgit, barang peribadi seperti jam tangan, kasut, telefon bimbit, kamera dan barangan lain peninggalan Allahyarham.

“Alhamdulillah, selesai urusan faraid. Pihak sana (ibu mertua, Sabariah Arshad) pun akan dapat bahagian mengikut hukum syarak. Saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah. Selepas ini doakan saja yang terbaik buat saya dan anak.

“Walaupun pihak sana tak hadir, tapi tidak mengganggu proses mahkamah sebab bahagian sudah dibahagikan. Apa saja yang ditinggalkan arwah seperti rumah, kereta, semua wang, jam tangan, kasut, kamera, telefon bimbit dan barang lain difaraidkan,” katanya yang dipetik Harian Metro.

SITI NURHIDAYAH MOHD ALI – foto HARIAN METRO

Ditanya mengenai soal berapa banyak wang peninggalan arwah, Hidayah enggan mendedahkannya.

“Keputusan untuk berpindah ke rumah itu pun, tak tahu lagi. Tunggu urusan faraid ini diselesaikan. Nak dapatkan kereta semula pun, insya Allah,” katanya.

Ia sekali gus menafikan spekulasi yang mendakwa kereta milik arwah suaminya itu sudah ditarik.

“Kereta kena tarik tak benar. Kereta masih ada, tapi saya tak nak komen lebih lanjut. Nanti akan tahu juga,” katanya.

Baca juga:   Kamarul Zaman mahu saman fitnah 5 pemimpin DAP

Berkenaan dakwaan adik iparnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau pelawak Ali Puteh yang mana wang RM10,000 dikeluarkan dari akaun arwah, Hidayah enggan mengulas lanjut sama ada ia akan dipulangkan semula atau difaraidkan.

Baca juga:   Kerajaan laksana misi bawa pulang rakyat Malaysia di India

“Apa saya boleh katakan, RM10,000 memang saya ambil, tapi saya masukkan dalam akaun bank anak. Tak guna satu sen pun,” katanya.

Dalam masa sama, Hidayah berkata, mahkamah menetapkan tarikh baru pada Oktober depan mengenai tuntuhan hadanah.

Ia berikutan kegagalan pihak ibu mentuanya, Sabariah Arshad hadir ke mahkamah.

“Saya harap selepas ini pihak sana akan hadir untuk kes hadanah,” katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan daripada Ali Puteh tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon.

Terdahulu, pada Isnin lalu, Hidayah bersama dua peguam mengadakan sidang media tergempar di Shah Alam bagi menjelaskan berhubung dakwaan dia membuat tuntutan saman terhadap ibu mentuanya.

Peguam Mohamed Ibrahim Mohamad memberitahu pihaknya menafikan dakwaan itu dan menegaskan Sabariah yang menfailkan saman terhadap Nor Hidayah pada Julai lalu.

Sebelum ini menerusi siaran langsung di Facebook sebuah portal berita, Ali Puteh menunjukkan surat saman yang dihantar peguam Hidayah kepada ibunya.

Menjelaskan mengenai surat saman yang dinyatakan Ali Puteh, peguam syariah Fadhlina Siddiq menjelaskan nama Sabariah turut tersenarai dalam tuntutan berkenaan sebagai pengesahan waris.

Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Selangor.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun tiga bulan.

Baca juga:   11,618 kes, pecah rekod 2 hari berturut-turut
Baca juga:   RMK-12: 500,000 rumah mampu milik akan dibina

Allahyarham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.

Wartawan

Terkini

Shah Rukh Khan tunai umrah

BINTANG Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) kini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah buat pertama kali, sejak...

Lagi Artikel Berkaitan