26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Isteri Abam Bocey tunai hasrat Allahyarham berniaga

Mesti Baca

LIMA bulan selepas pemergian Allahyarham Abam Bocey, isterinya , Siti Nurhidayah Mohd Ali tidak menunggu lama untuk bangkit daripada kesedihan dengan membuka gerai cempedak goreng di Sabak Bernam, Selangor.

Menurut Nurhidayah, 28, sewaktu anak mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berusia tiga bulan, Allahyarham ada menyatakan keinginan untuk berniaga kedai makan bersamanya.

Bagaimanapun, impian mereka tidak kesampaian apabila Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, pada 10 Februari lalu.

Bertempat di tepi jalan Pekan Sabak dan tekad merealisasikan hasrat Allahyarham, Nurhidayah berniaga cempedak goreng secara kecil-kecilan.

Mengulas lanjut, Nurhidayah yang dipetik Harian Metro berkata, pada awalnya Allahyarham bercadang mencari kedai makan untuk berniaga masakan panas bersamanya.

Pelawak terkenal, Abam Bocey meninggal dunia pada 10 Februari lalu.

“Arwah ada menyatakan hasrat untuk berniaga. Namun, memandangkan anak masih kecil, saya kata tunggu anak besar dulu baru boleh berniaga.

“Namun, hasrat itu (berniaga) tertangguh apabila arwah pergi menghadap Ilahi,” katanya, semalam.

Menurut Nurhidayah, dia tidak mahu menoleh ke belakang kemudian membantu bapanya, Mohd Ali Bahtin, 70, berniaga durian di Pekan Sabak sebelum memulakan perniagaan cempadak goreng.

“Saya berniaga bersama adik ipar, Nor Farhana Nordin, 21, sejak awal bulan ini dan tidak menyangka cempadak goreng yang dijual mendapat sambutan orang ramai.

“Saya ketepikan perasaan kekok dan malu demi mencari rezeki halal dan dalam masa sama membesarkan Hamzah yang kini berusia setahun,” katanya yang menetap di Taman Air Manis, Sabak Bernam.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai sambutan Aidiladha yang akan tiba tidak lama lagi, Nurhidayah berkata, dia dan Hamzah akan menyambut perayaan itu dalam suasana sederhana bersama keluarga.

“Diam tak diam, sudah lima bulan arwah meninggalkan kami berdua. Sampaikan Hamzah sudah lancar menyebut perkataan ‘ayah’.

“Meskipun arwah sudah tiada di samping kami, saya berdoa supaya rohnya ditempatkan bersama orang beriman,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan