25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Jemaah diberi masa tiga jam tunai umrah

Mesti Baca

RIYADH – Setiap jemaah akan diberi masa tiga jam untuk menunaikan umrah,  bermula dan berakhir di kawasan sekitar Mekah pada peringkat pertama pembukaan semula ibadah itu.

Arab News yang memetik sumber melaporkan, peringkat pertama dijadualkan bermula pada 4 Oktober ini dan akan dilaksanakan melalui aplikasi I’tamarna.

Mengikut rancangan pihak berkuasa, penetapan kawasan khusus di sekitar Tanah Suci akan membenarkan 6,000 jemaah menunaikan umrah pada enam waktu berbeza setiap hari, dengan setiap kumpulan 1,000 jemaah diberikan masa tiga jam.

Usahawan umrah, Ahmed Bajaiffer berkata,  Kerajaan Arab Saudi memutuskan untuk membenarkan semula ibadah itu selepas dihentikan akibat Cavid-19 selepas percaya umat Islam tidak harus berhenti menunaikan umrah dan pada masa sama mematuhi langkah pencegahan.

Peringkat pertama akan membenarkan penduduk tempatan dan ekspatriat yang tinggal di Arab Saudi untuk menunaikan umrah dan kapasiti umrah bagi peringkat seterusnya diperluaskan kepada jemaah dari luar negara.

Advertisements

Bajaiffer berkata, sebuah forum diadakan, baru-baru ini, membincangkan pembukaan kapasiti hingga 30 peratus pada peringkat pertama itu.

“Penilaian akan dilakukan pihak berkuasa berkaitan sebelum kebenaran diberi untuk pending kapasiti kepada 75 peratus semasa fasa kedua, serta kapasiti penuh pada fasa ketiga bagi menerima kemasukan jemaah dari luar Arab Saudi,” katanya.

Seorang wartawan dan penulis khas umrah dan haji, Ahmed Saleh Halabi berkata, keputusan membenarkan semula umrah menunjukkan keprihatinan pemimpin Arab Saudi untuk membantu umat Islam menunaikan ibadat itu dengan selamat, selaras dengan langkah pencegahan Covid-19.

“Kebenaran semula umrah secara berperingkat boleh membantu mengurangkan krisis kewangan yang ditanggung syarikat dan institusi umrah,” katanya kepada Arab News.

Halabi turut memetik Menteri Haji dan Umrah sebagai berkata, “ada lebih 30 syarikat tempatan dan antarabangsa yang boleh mengendalikan perkhidmatan umrah untuk jemaah dan beliau berharap ia tidak mengkibatkan kerugian kepada syarikat  berkenaan”  – AGENSI

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan